Empat Jam Tertinggal Di Dalam Kereta, Seorang Bayi Disahkan Meninggal Dunia


14 Mac - Bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.- Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...