DIY Rak Mainan Murah Dan Mudah Menggunakan Tayar Terpakai


Mesti ramai diantara kita yang sukakan mainan mini apa lagi kalau ianya adalah keluaran edisi terhad.  Pun begitu, pengumpul-pengumpul ini mempunyai masalah untuk menyimpan atau memperagakan mainan tersebut di rumah atau ruangan yang telah didedikasi khas.  Banyak juga 'storage' yang dijual untuk memperagakan mainan yang dikumpul di rumah tapi biasanya harga kabinet atau perabot mesti mahal.

Jadi kali ini, kita kongsi cara mudah serta murah untuk membuat rak mainan yang hanya menggunakan tayar kenderaan kitar semula.  Nak tahu macam mana?

Untuk idea DIY kali ini, kami rasakan ia merupakan rak penyimpanan mainan yang hebat.  Ini kerana dengan menggunakan bahan yang dikitar semula, rak ini memberikan impak ruangan rumah anda menjadi lebih unik.

Tak susah nak buat rak ini, ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tayar 
  • 1 8 'papan pinus 1X6 
  • 12 # 6X1 "skru panhead
  • 1 tin semburan turbin kelabu cepat-kering 
  • 1 tin cat semburan cepat-kering 
1. Skrub tayar dan biarkan kering seketika.
2. Bahagian tengah kayu diukur dan kemudian dipotong.


3. Masukkan kayu yang telah diukur kemas kedalam bahagian tayar satu persatu.
4. Gunakan saiz skru yang agak kecil untuk pahat kayu dan sisi tayar bagi mengelakkan kayu tersebut bergerak.
5. Sembur tayar dan rak dengan warna primer (dual coat), setelah kering sembur kembali tayar serta rak kayu dengan cat.

Post a Comment

0 Comments

loading...