Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Perbuatan yang dianggap berani itu memakan dirinya sendiri apabila seorang remaja lelaki, Sam Ballard telah menelan beberapa ekor lintah ketika dicabar oleh rakan-rakannya yang lain ketika menghadiri sebuah parti di kediaman salah seorang rakan.

Sebaik dicabar dan memakan lintah tersebut, Sam dikatakan terus jatuh dan telah dibawa kerumah sakit bagi mendapatkan rawatan kecemasan.  Setelah itu, doktor yang merawat Sam memberitahu bahawa Sam telah disahkan dijangkiti sejenis bakteria daripada parasit yang ditemui dalam lintah terbabit.  Parasit itu biasanya berada pada arnab, tikus, siput dan lintah sekiranya mereka memakan najis daripada tikus atau haiwan lain.

Berusia 19 tahun pada waktu itu, tahun 2010 menjadikan ia sebagai sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh rakan-rakannya malah keluarga Sam sendiri.  Sam menghadapi euinophilic meningo encephalitis dan koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badan.

Pesakit yang dijangkiti dengan parasit ini disebabkan kerana telah menelan larva dalam siput mentah atau tidak cukup masak, lintah, udang air tawar, katak, atau ikan. Jangkitan juga boleh terjadi dengan sumber segar seperti salad yang tercemar. Apabila larva ditelan, mereka menembusi saluran usus, masuk ke saluran darah, dan akhirnya sampai ke meninges (penutup otak dan saraf tunjang).

Sejak daripada itu, kehidupan Sam dan keluarganya berubah.  Sam terlantar selama 3 tahun dihospital dan hanya diberikan sebuah kerusi roda elektrik untuk memudahkannya bergerak.  Kini, Sam telah berumur 28 tahun dan sering diserang sawan.  Susulan daripada itu juga, Sam mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberi makan melalui tiub.
“Ia sangat mengecewakan, hati saya hancur,  ia mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.

Kos perubatan yang ditanggung keluarga Sam sangat banyak sehingga membuatkan rakan-rakan Sam bertindak mengumpul dana untuk meringan beban Katie, ibu kepada Sam dalam memenuhi keperluan seharian dan kos penjagaan anak lelakinya itu.  Katie dalam masa yang sama telah memohon Skin Insuran untuk orang kurang upaya bagi pihak anaknya dan layak menerima RM917,000 pada tahun 2016.  Namun pun begitu, jumlah itu telah dikurangkan menjadi RM200,000 selepas pihak Insuran menyemak kembali permohonan Katie.
Akibat pemotongan itu, Katie dan keluarga terpaksa menanggung hutang yang banyak dan dikatakan tidak dapat menampung khidmat jururawat sebanyak RM76,000.  

Seluruh keluarga dan rakan-rakan Sam masih mencari dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.  Diharapkan semoga kisah ini dapat dijadikan teladan buat kita semua agar berfikir dulu sebelum bertindak dan melakukan sesuatu yang tidak wajar.

Post a Comment

0 Comments

loading...