Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Samada kita pergi dahulu atau kita yang dahulu berdepan dengan kehilangan orang tersayang. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Kehilangan anak umpamanya pasti memberi tamparan yang hebat bagi ibu bapa. Hanya yang kuat sahaja mampu bertahan.
Tular di laman sosial, coretan yang ditulis oleh Cik Sara di laman facebook miliknya ini. Rentetan kisah yang berlaku sehingga bayinya dijemput pergi untuk selama-lamanya menjentik hati setiap yang membaca. Bayi yang lahir comel dan sihat, disangkakan hanya demam biasa, tapi rupanya terkena jangkitan kuman hingga meragut nyawa tubuh kecil itu.
Membayangkan anak kecil kita sedang dalam dakapan, bila-bila sahaja boleh diuji dengan ujian sebegini pun sudah mampu mengalirkan air mata, apatah lagi ibu ini yang berdepan dengan realiti. Bertabahlah wahai ibu, hanya yang terpilih sahaja akan diuji.
Mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Semoga Puan Sara dan suami terus tabah dan kuat menghadapi kehilangan anak syurga mereka. Al-Fatihah.
10 Mac 2018:
Assalammualaikum..
Bermula 18feb2018, arwah adik Muhammad Izz Firdaus masih demam on off lg. Ibu ingt hanya demam biasa terseliuh urat dan ibu abah bawa la adik izz Firdaus berurut. Bila tgh mlm dan pagi esknya masih demam lg walaupon sudah bg ubt demam.
20 Feb 2018, pukul 8.30 pagi :
Kami pegi klinik kesihatan Penerok buat ujian darah, dan mendapat result ada jangkitan kuman. Doktor suruh pergi hospital Pontian utk dptkan pemeriksaan lanjut. Dgn firasat ibu confirm msti kne admit wad. Ku blk rmh utk ambk brg2 yg perlu Bila kne admit. Bila di kecemasan adik izz Firdaus kne drip dan buat x-ray lung. Results x-ray ade jangkitan juga. Start on oksigen dan nebulizer kerana dlm bdn kurang oksigen dan nafas sempit. Pada keesokkan hari, pernafasan adik izz Firdaus semakin membimbangkan kami termasuk nurse dan doktor.
21 Feb 2018, jam 8 malam lebih :
Doktor cina(lupa Nama doktor) dtg jmpe saya agar pergi ke Hospital Sultan Aminah Jb dgn kadar segera jgn membuang masa lg. Dlm pukul 10mlm lbh ambulance membawa kami ke HSA JB.
22 Feb 2018 :
Nurse ambil sample hingus utk buat kajian. Selang beberapa jam result keluar dan doktor pakar explain tntg result tersebut. Doktor bagitahu bahawa adik izz Firdaus kena jangkitan virus RSV (respiratory syncytial virus) yg tiada antibiotics utk virus. Tp adik izz Firdaus dpt juga antibiotic utk kuman sahaja. Pertama kali dgr virus RSV, saya mula research di Mr.google.
24 Feb 2018 :
Doktor off antibiotic. Di mlm hari izz Firdaus kene speed fever, terus mkn ubt pcm. Nebulizer on 4jam sekali.
25 Feb 2018 :
Doktor on antibiotic. Tidak demam lg. Nebulizer tetap on 4jam sekali.
27 Feb 2018 :
Doktor off antibiotic. Kena lg speed fever pd tgh mlm. Suami dtg awal pagi ke hsa jb kerana terlalu risaukan keadaan adik izz Firdaus. Tgk keadaan ank semakin lemah. Suami dan abg ipar minta transfer ke KPJ ABD.SAMAD, doktor pakar izinkan tp dgn syarat kena naik ambulance kpj kerana adik izz Firdaus masih menggunakan oksigen. Masih tidak boleh off kan lg.
27 Feb 2018 di Kpj :
Doktor start bg ubt demam,batuk,cairkan kahak,selsema dan 2jenis antibiotics (melalui drip dan mkn) begitu seterusnya smpai 3Mac2018.
3 Mac 2018 :
Buat x-ray dlm pukul 8.45pg. Doktor bagitahu tggl sikit sahaja kt paru-paru adik izz Firdaus..ada perkara yg ku amat kurang berpuashati dgn doktor tersebut.
4 Mac 2018 :
Adik izz Firdaus demam lg di rmh. Saya mula pelik dan berasa xsedap hati. Tidur terkejut-kejut,saya syak mcm kne gangguan. Ingt keesokkan hari nak bawa pergi jmpe ustaz.
5 Mac 2018 :
Jam2.30am, terima adik izz Firdaus kena sawan dlm 4-5mint. Kami bergegas pergi ke Hospital yg terdekat di Pontian. Suami bawa Kete mmg laju xhingat la smpai lampu isyarat merah terpaksa dilanggar dgn menghidupkan lampu double signal. Di kecemasan, terus on drip ambk darah dan x-ray.
6 Mac 2018 :
Doktor pakar bagitahu keadaan adik serius. Doktor nak buat ctscan brain pon xlps sbb keadaan adik Blom stabil lg. On antibiotics dan mesin oksigen 2tong yg tggi dgn speed 100%.
7 & 8 Mac 2018:
Setiap pagi doktor pakar akn jmpe kami. Pagi Rabu doktor explain keadaan anak tenat. B/p low, oksigen low, degupan jantung xcantik. Saya dan suami kne bersedia dgn ape yg bakal terjadi. Tghari doktor jmpe kami dan beritahu ade dua virus baru yg ade diparu-paru iaitu ARD(acute respiratory distress) dan ADENOVIRUS. Adenovirus adalah virus paling jahat dan ssh nk mati. Ia boleh merebak ke buah pinggang, jantung, otak dan darah. Tu yg amat bahaya.
9 Mac 2018 :
Mcm biasa setiap pagi doktor akan update kt kami keadaan adik. Keadaan semakin tenat dan doktor harap ibu dan abah dpt teman die di sisi. Waktu ptg doktor bgtahu organ dalam dah xdpt berfungsi dgn baik. Saya dan suami sudah redha, pasrah, sedia dan relakan adik izz Firdaus pergi menghadap Ilahi.
10 Mac 2018 :
Tepat jam 1.30am berakhirlah perjuangan ank ibu abah. Perginya seorang anak yg baik. Muhammad Izz Firdaus dlm kenangan.
Ibu yg kehilangan,
Muyassarah.
Siakapkeli.my
0 Comments