Bagaimana Untuk Menjadi Pengguna Galaxy S9 Terawal, Dapat Percuma Speaker Harmon Kardon Bernilai RM700 Pulak Tu

Setelah 8 tahun, siri Samsung Galaxy-S masih lagi menjadi sandaran utama Samsung. Baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Galaxy S9 dan S9+ ke pasaran dunia. Walaupun pada penulis rekaannya tidak banyak yang berubah berbanding model S8 tahun lepas, tetapi ada satu ciri baru yang diketengahkan Samsung yang bakal membuatkan pengguna telefon lain tersimpuh malu.

Untuk pengetahuan anda setiap kamera memiliki nilai aperture yang tersendiri. Lebih rendah kiraan, lebih tinggi pembukaan lensa untuk membenarkan kemasukan cahaya. Tahun lepas kita telah menyaksikan beberapa model dengan nilai aperture yang tinggi pada f/1.7 – f/1.6. Tetapi nilai aperture pada telefon pintar adalah tetap.

Namun tidak pada Galaxy S9. Dengan nilai aperture yang tinggi pada f/1.5 dan f/2.4, seperti DSLR, nilai aperturenya boleh diubah secara mekanikal. Pertama kali seumpanya di pasaran ketika ini dan penulis tidak terkejut jika ianya bakal menjadi titik tolak dalam arena telefon pintar kelak.

Berita baik pada anda yang mahu menjadi pengguna terawal Samsung Galaxy S9 di Malaysia. Mulai 1 hingga 4 haribulan Mac 2018, anda boleh pra tempah Galaxy S9 di Senheng.

Yang menariknya, dengan pembeliaan Galaxy S9/S9+ secara pra tempah ini, anda juga akan menerima pembesar suara Harmon Kardon Onyx Mini yang bernilai RM699! Harmon Kardon tuuu, bunyi dia boleh buat anda bergetar kepala. 

Kepada yang membeli secara pra tempah, peranti ini dijangkakan akan sampai ke tanah air seawal 9 haribulan Mac ini. Mesti ada antara anda yang nak tanya, kenapa beli dengan Senheng?.

Ha ni nak bagitau, jika anda membeli dengan Senheng, anda akan ditawarkan dengan waranti tambahan selama setahun dengan keahlian PlusOne. Jika anda bukan lagi ahli PlusOne, anda boleh daftar hanya dengan RM 12 kat http://ift.tt/2FJz7Ldr/account/create. Ditambahkan pula dengan waranti 1 tahun dari Samsung sendiri, maka anda boleh menggunakan telefon ini dengan tenang selama 2 tahun.

Pada yang nak dapatkan Galaxy S9/S9+ tetapi tak sempat kumpul duit, jangan risau, di Senheng anda boleh membuat bayaran secara ansuran selama 24 bulan dengan bayaran deposit RM300. Senheng turut mengetengahkan program Trade In bergantung kepada jenis telefon yang anda miliki. Dibawah merupakan senarai lokasi pengambilan peranti di kedai Senheng dan senQ.

Berikut pula merupakan harga Galaxy S9/S9+ yang ditawarkan di pasaran tempatan. 

1. Samsung Galaxy S9 64GB – RM3,299

2. Samsung Galaxy S9 Plus 64GB – RM3,799

3. Samsung Galaxy S9 Plus 128GB – RM3,999

Pada yang berminat, cepat letak deposit awal-awal sebab pembelian secara pra-tempah ini adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Anda boleh layari laman sesawang Senheng dan senQ untuk maklumat lanjut. 


lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...