Ayah P.Ramlee Jadi Inspirasi Dan Sebab Watak Kassim Selamat Dibutakan


23 Mac - Siapa yang tidak kenal dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang menjadi ikon utama industri seni dari dulu hingga kini.

Antara filem yang memberi kesan adalah Kassim Selamat. Sebenarnya cerita Kassim Selamat merujuk kepada ayah Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.

Kisah ini dikongsi oleh Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik di Facebook. Bapa P. Ramlee sering sahaja bersedih dan menangis mengenangkan anaknya yang meninggalkan Pulau Pinang untuk berhijrah ke Singapura pada tahun 1948.

Walaupun merestui pemergian P Ramlee untuk mengejar cita-cita, ayahnya tetap dan sentiasa merindui akan anaknya itu sehingga matanya menjadi buta.

Lebih menyedihkan, bapanya itu pernah meminta rakan membawanya ke pawagam untuk menonton filem lakonan P. Ramlee biarpun hanya mampu mendengar suara.

P. Ramlee tidak berkesempatan pulang ke Pulau Pinang kerana sibuk dengan jadual kerja. Bagaimanapun, dua beranak itu bertemu semula lima tahun kemudian.

Sumber: Awani

Post a Comment

0 Comments

loading...