Anak Malaysia Cipta Sejarah, Diberi Penghormatan Ketuai Penyediaan Makanan Halal Di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018

Kuala Lumpur: Anak Malaysia mencipta sejarah apabila diberi penghormatan mengetuai penyediaan makanan halal sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang akan berlangsung 9 hingga 25 Februari di PyongChang, Korea Selatan.

Shinsegae Food, selaku syarikat peneraju pembekal makanan terkemuka Korea Selatan dan pembekal makanan rasmi Olimpik Musim Sejuk 2017 bakal menyediakan 20,000 hidangan sehari buat 5,000 atlet dari 96 negara telah memilih Chef Faizul Hazly Ghazali, Chef Eksekutif dari syarikat kerjasama Shinsegae Food, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd untuk mengendalikan dapur halal buat 170 atlet Muslim sepanjang sukan berprestij itu berlangsung.

Penyediaan makanan di dapur halal tersebut turut mematuhi piawaian prosedur halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Halal Korea.

“Pasaran makanan Halal global dijangka mencecah USD2.55 trilion menjelang 2024. Sebagai pengeluar makanan Halal terkemuka di Malaysia, kami berhasrat untuk menjadi pengilang makanan halal terkemuka  di dunia.


“Syarikat kami telah bekerjasama dengan JAKIM selama 47 tahun. Segala makanan yang disediakan oleh Mamee mesti mematuhi piawaian prosedur halal JAKIM. Oleh itu, apabila kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan dapur Halal Olimpik Musim Sejuk, kami memilih untuk bekerjasama dengan pihak JAKIM untuk memastikan bahawa segala penyediaan makanan di dapur halal tersebut menepati piawaian Halal JAKIM,” kata Ketua Pegawai Esekutif Shinsegae Mamee Sdn Bhd Vuitton Pang.

Mengulas mengenai kerjasama JAKIM dengan Shinsegae Mamee Sdn Bhd, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee berkata bahawa JAKIM turut berbangga dengan penglibatan Chef Faizul di dapur Halal Olimpik Musim Sejuk 2018.

“Usaha Hab Halal JAKIM memartabatkan pensijilan Halal Malaysia di pentas global adalah satu usaha yang besar. Kami mangalu-alukan usahasama dengan syarikat persendirian seperti Shinsegae Mamee Sdn Bhd,” kata Dato’ Dr Sirajuddin.

Sepanjang musim Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, Chef Faizul akan ditugaskan di stesen makanan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk. Beliau akan terlibat dalam penyediaan makanan 24 jam iaitu bermula dari sarapan ke makanan tengahari dan seterusnya makan malam dan makan tengah malam.

Makanan Halal yang akan disediakan termasuk sup lentil, kambing panggang, salmon panggang dan beras beriyani kukus.

“Sebagai seorang warga Malaysia, saya bangga menjadi rakyat Malaysia pertama yang memasak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk.


“Sebagai seorang duta untuk jenama makanan Malaysia, saya melihat ini sebagai peluang untuk belajar mengenai citarasa orang dari latar belakang budaya yang berbeza, terutama Korea.


“Dengan populariti makanan Korea yang semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia berserta dengan peningkatan populariti Korea sebagai destinasi pelancongan untuk umat Islam, saya berharap untuk mendapat peluang memperjuangkan industri pengilangan makanan Halal Korea apabila saya kembali ke Malaysia pada bulan Mac, 2018,” kata Chef Faizul Hazly.

Untuk memastikan bahawa bekalan makanan di dapur Halal mencukupi, hampir 6,000 kilogram ayam, ternakan dan makanan laut telah dibeli daripada vendor-vendor halal dari serata tempat.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...