Seorang wanita di Shanghai berdepan dengan masalah apabila telefon pintar miliknya ‘terkunci’ selama 25,114,984 minit bersamaan 47 tahun selepas anak lelakinya menggunakan telefon itu.
Menurut laporan dari media tempatan China, anak lelakinya yang berusia dua tahun berulang kali memasukkan kata laluan yang salah dalam telefon pintar ibunya sehingga menyebabkan telefon tersebut dikunci.
Tidak dapat dipastikan berapa kali percubaan dengan kata laluan salah telah dibuat oleh anaknya.
Jelas media tempatan tersebut, wanita yang bernama Lu itu tidak mahu membuat ‘reboot’ pada telefonnya kerana langkah itu akan menyebabkan dia kehilangan semua fail, foto dan nombor telefon yang disimpannya.
Malangnya, menunggu hampir lima dekad bukanlah satu pilihan yang tepat.
“Saya tak dapat tunggu lebih dari 40 tahun,” kata Lu.
“Dalam masa 40 tahun akan datang saya mungkin dah tak boleh bercakap. Malah saya mungkin akan bergurau dengan cucu saya ‘ini semua salah bapa kamu’.” ujarnya.
Sumber- The Straits Times
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments