
Terdapat beberapa kategori tikus yang boleh dipelihara serta tikus jalanan yang bertindak sebagai haiwan perosak dan pembawa penyakit. Kehadiran tikus perosak ini dikediaman pasti merunsingkan kerana ciri-ciri mereka yang suka merosakkan barang serta membawa bakteria dikawasan laluannya.
via GIPHY
Di bawah ini kami kongsi 3 jenis daun yang mampu menyelesaikan masalah tikus perosak dengan mencegah kehadiran mereka tanpa perlu membunuh.

2. Buah Mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama perbuatan moden mahupun tradisional. Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk masuk kedalam rumah.

3. Daun Pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan dan sebagai ramuan didalam masakan. Aromanya yang segar sebenarnya mengancam tikus. Untuk menghalang mereka, penyediaannya agak sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, campurkan dengan air dan tapis. Masukkan tapisan daun pudina kedalam penyembur dan sembur sekeliling rumah atau kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Siakapkeli.my
Sumber: Impiana
0 Comments