(Video) Resepi Pencuci Mulut Dengan 2 Juta ‘Views’, Kastad Tiramisu Sejuk Ini ‘Viral’ Di Media Sosial

Khas buat penggemar manisan dan pencuci mulut kerana resepi kali ini akan buatkan anda kelihatan manis sepanjang hari.

Menu ini sesuai dijadikan sebagai sajian minum petang mahupun sebagai pencuci mulut dalam majlis keraian seperti majlis hari jadi, rumah terbuka atau apa-apa jenis jamuan.

Dibawah ini kami kongsikan resepi viral ‘Kastad Tiramisu Sejuk’ daripada pemiliknya Solehah Yusoff yang mendapat lebih daripda 115,000 shares di Facebook untuk anda cuba.

Masa pegi johor aritu, member bagilah cuba KASTAD TIRAMISU SEJUK. Dia bagi satu ja huhuhu sebab sedap punya pasai Cik Olie harini cubalah kat umah. Resepinya MUDAH dan CEPAT.

Bahan bahan :


1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu makan gula (Cik Olie tambah tuk bagi maneh)
11 sudu makan tepung kastad
Air (sukutan sebanyak 5 tin susu yang kita guna tadi)
Biskut marie perisa kopi
Milo
Garam

Langkah langkah :



1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
3. Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
4. Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Perghhh memang sedap!

Cuba yer

#PS: Kastad Cik Olie terlalu pekat, korang kurangkan sikit kepekatan tu.

Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...