(Video & Gambar) Pisau Tertusuk Di Belakang Badan, ‘Selamber’ Jalan-Jalan Di Kaki Lima Sementara Tunggu Ambulans Tiba

22 Feb – Baru-baru ini seorang lelaki di Braseila, utara Brazil kelihatan santai dan bersahaja walaupun ada sebilah pisau terpacak di belakangnya sangat mengejutkan orang ramai.

Dalam kejadian itu, Elionardo Nascimento sedang minum bersama rakannya di sebuah pub apabila seorang lelaki menerkam dan menikam belakangnya dengan pisau.

Menurut doktor, lelaki berusia 22 tahun itu bernasib baik kerana tikaman itu tidak terkena organ utama dan hanya beberapa milimeter daripada tulang belakangnya.

Menurut Dailymail, rakaman video menunjukkan Nascimento berdiri di tepi jalan dengan darah mengalir daripada luka di belakangnya, namun dia kelihatan tidak terganggu dengan kecederaannya.

Orang ramai cuba menenangkan mangsa  sementara menunggu ambulans tiba dan memberi amaran kepadanya supaya tidak pengsan.

“Saya sedang berdiri, berbual dengan rakan di luar pub apabila penyerang terbabit tiba-tiba muncul dan menikam belakang saya.

“Saya berasa seperti dipukul di belakang dan hanya mengetahui ditikam dengan pisau selepas diberitahu rakan,” katanya.

Dia mendakwa tidak mengenali penyerang berkenaan dan tidak tahu kenapa diserang kerana tidak terbabit dalam sebarang pergaduhan.

Dia kini semakin pulih di Hospital Rio Branco selepas menjalani pembedahan mengeluarkan pisau itu.

Video: AP

Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...