(Video) Azizulhasni Pecah Rekod Asia Acara Pecut, Catat Masa Terpantas Pusingan Kelayakan


19 Feb - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi melakar sejarah baru apabila berjaya memperbaharui rekod baru Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di Nilai, hari ini.

Memetik laporan Kosmo Online, catatan terbaru itu membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai sekali gus memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba dari Jepun Nitta Yudai di kejohanan yang sama.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocket Man' itu juga turut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri 10.074s yang dilakukan pada ACC edisi 2016.


Menurut Azizulhasni, pada mulanya misi utama beliau dalam kejohanan kali ini adalah mebuat catatan masa di bawah 10 saat dan tidak pernah menyangka mampu memecahkan rekod Asia sehingga mencatat masa 9.774 saat.

“Fokus utama saya hari ini adalah untuk cuba lakukan catatan terbaik di bawah 10s dan ketika saya sedang menunggu giliran, Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) terlebih dahulu mencatat masa di bawah 10s jadi selepas itu saya lebih bersemangat.

“Pada awalnya saya tidak menyangka berjaya mencipta sesuatu kerana suasana ketika saya menamatkan perlumbaan itu senyap seperti tiada apa-apa kejutan yang berlaku, namun apabila saya melihat ke skrin elektronik saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan catatan masa itu,” katanya kepada pemberita.

Atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 30 tahun itu sebelum ini merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas.


Video: Buletin TV3

Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...