Gambar Hiasan |
Bukan apa, media sosial seperti Facebook, Instagram ataupun Twitter ini bukan sahaja dilihat oleh orang dewasa yang boleh berfikir secara waras. Malah, remaja bawah umur dan juga kanak-kanak juga sudah memiliki akaun media sosial.
Tidak manis kita sebagai orang dewasa yang sudah dikurniakan akal yang waras menunjukkan contoh yang kurang baik kepada adik-adik yang masih bersekolah.
Program televisyen juga harus memainkan peranan yang penting untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang boleh memberi input berguna kepada para remaja untuk membina akhlak yang baik.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang juga bertugas di sebuah pusat tahfiz, Hasanah Muhsin.
Menurut Hasanah, di luar negara ada sebuah program yang dinamakan Little Big Shot iaitu satu program yang mencungkil bakat yang bertujuan dan ada maknanya disitu.
Gambar Hiasan |
Jom ikuti perkongsian Hasanah Muhsin yang mungkin boleh membuka mata dan minda rakyat malaysia agar tidak lagi menularkan perkara yang tidak sepatutnya dan lebih mengfokuskan tentang pembentukan sasiah dan akhlak diri kita. Semoga bermanfaat.
Mentaliti masyarakat yang membimbangkan. Ini SERIUS!!
Jika kita lihat Little Big Shots: mencungkil bakat2. Orang putih punya Show. Ada tujuan dan makna.Tapi hiburan di Malaysia, bukan cungkil bakat.
Cungkil perkara yang MEREPEK! Malu.
Cth: Viral Awek Cendol? Terer tiru suara orang? Apa ni? Dah tak ada isu penting dalam hidup kita sebagai orang Islam? Kenduri kahwin menari Lagu Panama?
Tepuk dahi saya tengok.
Gambar Hiasan |
Dan lambakan Kosmetik yang diceburi oleh orang lelaki. Penjual tak apa lagi. MUA itu yang tak boleh terima. Buat live makeup muka sendiri BAGI LELAKI, kemudian di sokong dan beli produk orang begitu bermakna anda merasakan lelaki menyerupai perempuan itu Normal. Nauzubillah min zalik.
Gambar Hiasan |
Kembalilah cara Hidup Islam. Berpandukan Alquran Dan Sunnah. Kalau bukan kita, SIAPA? - Siakapkeli.my
0 Comments