| Gambar Hiasan |
Fobia dengan lipas? Ini bermakna, anda seorang ‘Katsaridaphobia’. Katsaridaphobia adalah ketakutan dan keresahan yang tidak masuk akal terhadap lipas. Kebanyakkan orang mendapati bahawa lipas adalah serangga yang jijik dan menyeramkan. Orang dengan Katsaridaphobia mempunyai tindak balas sangat teruk terhadap lipas bergantung kepada ciri-ciri keperibadian dan keadaan minda waktu itu.
Pada umumnya, gejala Katsaridaphobia berlaku apabila mempunyai ketakutan melampau terhadap lipas serta tidak selesa atau cemas apabila terdedah kepada serangga ini. Jika tahap ketakutannya terlalu tinggi, serangan panik akan meningkatkan tahap kecemasan penderita mengalami pelbagai gejala fizikal seperti kesukaran untuk bernafas, pening, kebas, sakit dada malah boleh pengsan!
| Gambar Hiasan |
Seperti kisah yang dikongsi oleh Sean, melalui akaun Twitter miliknya menceritakan detik cemas dan melucukan seluruh keluarganya ketika berdepan dengan serangga ini didalam kereta. Segalanya tampak huru-hara dengan lipas yang terbang dan melekat dikaki salah seorang daripada mereka. Takutnya! Jom baca thread dibawah dengan keharuan keluarga ini berhadapan dengan serangga kecil namun penuh berkuasa.
Pengalaman naik grab yg memang tak boleh lupa. Aku, abang, iman, and ibu naik grab from Fahrenheit nak balik rumah. Abang duduk depan, me ibu and iman duduk belakang. First few minutes, the ride was fine even jalan jem, you know bukit bintang… Then tiba2 ibu macam takut
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Lepas tu ibu “eeee angah(me). Alaaa macam mana ni. Tengok tu”Iman tanya la kenapa, ibu tunjuk kat seat depan tu,
ada LIPAS besar..!!!! Bukan the usual kereta punya lipas, tapi yg besar tu!!!
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Me and iman macam tenang lagi, tapi badan dah keras la. Geli gila kut. Tapi ibu akan jerit “iii.. Eee.. Iiii.. Aaaaa” setiap kali lipas tu gerak. Driver tu macam dh perasan.
Tapi jalan tgh jem, nak buat mcm mana kan. Hadap je la. Sekali benda paling extreme berlaku— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
LIPAS TU TERBANG LA WEHHHH!!!!Ibu iman dan termasuk la diriku ini menjerit hahahaha time ni kelakar sikit. Tak sikit kut, kelakar gila. Dah la jalan jem, nak pergi tepi pun tak boleh. Abang dah segan dah duduk depan.
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Driver tu macam dah cemas. Kitaorang dah macam apa kat dalam kereta tu. Semua duk tutup kepala, goyang2 kaki tak nak lipas tu melekat hahahaha.
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Lipas durjana tu tiba2 terbang kat tingkap. Ibu cepat2 bukak tingkap nak bagi dia keluar.Lipas tu keluar, tapi by the time ibu tengah nak tutup balik, dia masuk balik la haaiiihhh kak limahhhhh
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Ibu jerit balik, sebab lipas tu betul2 sebelah dia hahahahaDriver tu bagi signal, jalan macam dah bergerak sikit, dapat la dia pergi tepi and then stop.
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Tak payah bagitahu, aku iman and ibu semua terus turun keluar kereta.Abang driver tu pun keluar, dia pergi belakang halau lipas tu.
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Ibu confirm kan dah betul2 tak ada lipas tu baru ibu nak naik kereta.Lepas 1 minit mcm tu, baru la naik balik. Perjalanan diteruskan seperti biasa.
Tapi ada awkward silence dalam kereta. Driver tu mesti rasa bersalah hahahaha.
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Sekian, tamat la cerita “The Adventurous Family: An Encounter with a Monster”Thank god, semua selamat. Tak ada kemalangan jiwa dilaporkan. #Allahuakbar3times
— Sean Everdeen (@sean_mhm) February 9, 2018
Siakapkeli.my
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments