1,000 biji telur dan 20 kg coklat telah digunakan untuk menghasilkan kek 'pengantin perempuan' ini.
Paling menerujakan apabila keseluruhan kek ini boleh dimakan dan diselaputi dengan 50 kg gula-gula selasih.
Setiap perincian daripada kek ini termasuk bunga kecil dan mutiara putih yang dihalusi adalah buatan tangan.
Sebanyak 5,000 bunga digunakan secara keseluruhannya dan mengambil masa 10 hari untuk menghias.
Terdapat juga perhiasan sebenar selain hiasan yang boleh dimakan. Antara daripadanya adalah mutiara dan berlian tiga karat yang menelan kos sehingga $200 juta (RM800 juta) setiap satu.
Debbie Wingham juga pernah mencipta kontroversi satu masa dahulu kerana telah mencipta kek berbentuk kasut yang dengan rekaan unik dengan kos $15 juta (RM60 juta).Beliau mencipta rekod apabila berjaya mencipta sehelai gaun bertakhtakan berlian hitam paling mahal didunia yang menelan kos sebanyak $50 juta.
Siakapkeli.my
Sumber: Bright Side
0 Comments