"Jika Anak Tak Mahu Susu Botol Lagi, Buang Saja Bakinya," Bakteria Mampu Membiak Dalam Susu Jika Simpan Terlalu Lama

Gambar Hiasan
14 Feb - Sudah menjadi kebiasan kepada ibu bapa untuk memberi susu formula kepada anak-anak. Pelbagai jenama susu formula yang dijual di pasaran dan boleh dibeli mengikut kemampuan.

Tetapi, timbul satu isu dimana anak-anak mungkin tidak menghabiskan susu formula untuk beberapa masa dan adakah masih boleh kita menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk?

Dengan harganya yang mahal, sudah pasti ibu bapa tidak mahu membazirkan susu yang telah dibancuh. Doktor Zubaidi Ahmad telah menjawab persoalan yang diajukan kepada beliau menerusi akaun Facebooknya.

Gambar Hiasan
Menurut beliau, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari satu jam kerana bimbang bakteria akan membiak.

Jom ikuti perkongsian penuh Dr Zubaidi tentang menyimpan susu formula di dalam peti sejuk.

SIMPAN SUSU FROMULA DALAM PETI SEJUK

“Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?”

Wa alaikum mus salam. Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam.

Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya. Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi susu botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.

Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu formula dan disimpan.

Walaupun menyimpannya didalam petisejuk, bakteria boleh membiak dalam susu dalam tempoh masa empat jam. Jadi jangan simpan susu formula di dalam peti sejuk selama lebih 4 jam.

Wallahu a’lam. - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...