(Gambar & Video) Pelik Tapi Benar, Remaja Lelaki Ini Telah Mengeluarkan Hampir 2 Dozen Butir Telur Daripada Tubuhnya Sejak 2 Tahun Lalu

Seorang remaja lelaki berumur 14 tahun berasal dari Gowa, Indonesia mendakwa bahawa dia telah mengeluarkan telur daripada badannya sejak dua tahun yang lalu.  Sehingga kini kira-kira 20 biji telur telah di keluarkan daripada rektum remaja terbabit.

Menurut bapanya, Rusli berkata, dia juga aneh dengan kejadian yang berlaku kepada anaknya itu.  Selain bentuknya yang menyerupai telur ayam, isinya juga beragam antaranya adalah cairan putih dan kuning yang pejal.

“Dua tahun lalu, dia bertelur sehingga mencecah 18 butir dan hari ini 2 biji lagi.  Secara totalnya sudah 20 biji telur dikeluarkan melalui tubuhnya.Telur pertama saya pecahkan sebab ingin tahu, tapi isinya hanya cairan berwarna kuning, tiada putihnya.  Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya cairan putih pejal, tiada kuningnya.”

Para doktor juga masih bingung dengan kejadian aneh ini dengan mengatakan tidak mungkin untuk telur membentuk didalam tubuh manusia. “Kami syak bahawa telur itu telah ditarik keluar daripada rektum Akmal secara sengaja, namun kami tidak melihatnya secara langsung dan tidak dapat mengesahkan apa-apa.”

Namun bapa Akmal menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan itu.  “Dia tidak pernah menelan sebiji telur secara keseluruhannya, mengapa dia perlu melakukan itu?

Sehingga kini, Akmal telah ditempatkan berasingan selama tujuh hari sebagai salah satu tujuan mengkaji keadaannya dan mengungkap penyebab keberadaan telur didalam tubuhnya itu.

Siakapkeli.my

Sumber: News Detik Indonesia



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...