
Ketika mendekorasi taman, pastinya kita akan lebih fokus kepada tanaman hiasan atau pokok bunga sebagai pelengkap utama. Namun, ada faktor lain yang boleh membuatkan dekorasi tanaman tampak lebih menarik dengan penggunaan stepping stones.
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan stepping stones dengan elemen tambahan daripada daun dengan kos bawah RM20?
Pertama sekali, hasilkan acuan stepping stone berukuran 1kaki x 1kaki. Gunakan kayu sahaja sudah memadai.

Kemudian sediakan campuran simen dengan pasir.




Tuang bancuhan simen sebanyak 3/4 bahagian kemudian letakkan dua batang besi. Tujuan besi untuk mengukuhkan stepping stone agar tidak cepat pecah apabila dipijak. Kemudian tuang lagi bancuhan simen sehingga memenuhi acuan dan melitupi batang besi tadi.



Kemudian ambil daun pokok yang terdapat disekeliling anda atau apa saja mengikut citarasa.


Keringkan dalam tempoh 24 jam dan tanggalkan acuan setelah selesai. Kini laman anda lebih berseri dengan stepping stones acuan bunga yang terlajak bajet!


Sumber: Impiana
0 Comments