Cubaan Menculik Gagal, Lelaki Rohingya Ditampar Sebelum Sempat Melarikan Kanak-Kanak Perempuan Berusia 7 Tahun


Berlaku di Malaysia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun hampir diculik oleh seorang warga Rohingya di pasar malam Taman Highland, pada 19 Januari lalu.

Media melaporkan bahawa insiden itu berlaku berdekatan dengan gerai jualan mangsa terbabit kira-kira 6.30 petang.

Bapa mangsa memberitahu, warga asing tersebut telah membeli beberapa sayuran daripada gerai miliknya sebelum mendengar anak perempuannya menangis secara tiba-tiba.

Sejurus mendengar tangisan anaknya itu, ibu mangsa telah meminta suaminya untuk memeriksa dan ternyata lelaki Rohingya tersebut sedang menarik mangsa untuk dilarikan.

Image via China Press

Bapa mangsa terus menjerkah lelaki tersebut dengan kuat dan secara tidak langsung telah menarik hatian beberapa peniaga lain yang menyangka gerai mereka dirompak.

Namun setelah itu barulah mereka sedar bahawa suspek sedang dalam percubaan menculik kanak-kanak terbabit dan segera menghalang warga asing tersebut daripada melarikan diri.

Seorang lagi anak perempuan mangsa telah merakam detik cemas ketika bapanya sedang bergelut dengan penculik tersebut dan berkongsi pengalaman menerusi laman Facebook miliknya.

Image via China Press

Sebagaimana yang ditulis melalui perkongsian anak perempuannya di Facebook itu, kejadian itu berlaku ketika adiknya sedang membantu ibu mereka mengutip duit syiling yang jatuh di tanah sebelum lelaki itu bertindak untuk menarik dan mengangkat mangsa.

Menurutnya lagi, ibu mangsa cuba menjerit dan menarik anaknya namun dihalang sehinggalah bapa kanak-kanak terbabit tiba dan menampar muka suspek.

Warga Rohingya yang baru saja berusia 21 tahun itu, dikatakan pernah dibebaskan daripada Depoh Tahanan Imigresen, Perak 2 tahun lalu namun kembali melakukan kegiatan itu sekali lagi.

Siakapkeli.my

Sumber: China Press

Post a Comment

0 Comments

loading...