Bulan Bakal Mendapat Rangkaian Telefon Bimbit 4G Yang Pertama Pada Tahun 2019

Pembangunan teknologi yang semakin canggih membawa banyak manfaat kepada manusia. Bayangkan hingga berada di bulan pun anda boleh mendapat rangkaian telefon bimbit 4G. Hebat bukan?

Impian itu akan direalisasikan pada tahun 2019 di mana bulan bakal mendapat rangkaian telefon bimbit pertama yang membolehkan penstriman definisi tinggi dari persekitarannya dipantulkan ke bumi. Projek ini menjadi sebahagian dari menyokong misi pertama ke bulan yang dibiayai swasta.

Menurut sumber, Vodafone Jerman, pembuat peralatan rangkaian Nokia dan pengeluar kenderaan Audi berkata semalam, mereka bersama-sama menyokong misi itu, 50 tahun selepas angkasawan pertama NASA (Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan AS) berjalan di bulan.


Jelas Vodafone, pihaknya telah melantik Nokia sebagai rakan kongsi teknologi untuk membangunkan rangkaian bergred angkasa lepas, iaitu kepingan kecil perkakasan dengan berat kurang daripada sekampit gula.

Vodafone juga berkata, dalam projek itu mereka juga bekerja sama dengan syarikat berpusat di Berlin iaitu PTScientists, dengan pelancarannya dijadualkan pada tahun 2019 dari Cape Canaveral menggunakan roket Falcon 9 SpaceX.

“Projek ini membabitkan pendekatan inovatif radikal terhadap pembangunan infrastruktur rangkaian mudah alih,” kata Ketua Eksekutif Vodafone Jerman, Hannes Ametsreiter.

Menurut sumber, keputusan membangunkan rangkaian 4G berbanding rangkaian lebih canggih 5G diambil kerana rangkaian generasi berikutnya masih dalam peringkat ujian dan percubaan, serta tidak cukup stabil untuk menjamin ia berfungsi dari permukaan bulan.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...