“Bila Pergi Melancong Jangan Lupa Bawa Otak Sekali,” Budaya Vandalism Rakyat Kita Dibawa Sampai Ke Jepun

Mungkin budaya Vandalism ini ada di seluruh dunia, Vandalism memang satu masalah sosial dan juga masalah mental yang teruk melanda ramai orang.

Lihat di Malaysia sahaja, pelbagai kisah Vandalism yang berlaku contohnya semasa MRT baru sahaja dibuka, ada bermacam-macam Vandalism yang berlaku seperti tandas dirosakkan, kerusi/dinding diconteng, sampah dibuang merata-rata dan pelbagai lagi.

Sebenarnya masalah mental ini dihidapi pelbagai lapisan masyarakat, bahkan walaupun mempunyai pendidikan yang baik, mentaliti ini bagaikan tiada ubatnya kerana terus terjadi.

Terbaru, dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Farid Mustafa, kisah rakyat Malaysia yang melncong ke negara Jepun t’ertinggal’ otak di Malaysia dengan membawa budaya Vandalism ini ke sana apabila melukis nama dengan menggunakan pisau di atas buluh di taman Warisan Dunia UNESCO Arashiyama Bamboo Grove kononnya untuk kenangan.

Baru reda kes berak dalam shower, kita tambah lagi dengan perkara-perkara macam ini, Jom baca perkongsian beliau.

Vandalism di Jepun oleh Rakyat Malaysia.


Belum pun kisah menyakitkan hati berak di shower oleh pelancong remaja dari Malaysia, tular pula isu vandalism conteng nama di buluh di Arashiyama Bamboo Groove Jepun kembali mengguris hati rakyat Malaysia yg pernah ke Jepun. Bak kata Malique:


“Pergi ke tempat orang bawak otak bukan bawak pisau”.


Pleaselah, jangan bawa sikap kekampungan bila ke tempat orang. Habis semua tempat kau nak conteng. Walau hanya buluh, tapi tempat tu telah dinobatkan sbg tempat bersejarah oleh UNESCO. Tak beradab langsung!

Bagai SK, Vandalism ini memang ada dikalangan rakyat Jepun itu sendiri, ada sahaja pokok buluh lain terukir dalam tulisan Jepun, tapi itu negara mereka, biarkan, jangan kita yang membawa nama Malaysia ke sana lakukan budaya mentaliti bawahan ini.

Rakyat lain cuba bersungguh-sungguh nak naikkan nama Malaysia, tapi puak-puak ni bersungguh-sungguh nak burukkan nama negara sendiri, tak cukup amalkan penyakit mental ni di Malaysia, ke oversea hampa bawa. – Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...