Belum Ada Cara Cegah Striae Gravidarum Atau 'Stretchmark' Ini, Doktor Ini Kongsi Puncanya Terjadinya Kesan ini Kepada Ibu Hamil

Gambar Hiasan

Striae gravidarum adalah garis yang berwarna merah kemerahan, merah jambu atau kehitaman (mengikut warna kulit).  Garisan ini sering kelihatan dikawasan perut, payudara, atas lengan, dan peha.  Striae ini sangat sering ditemukan pada wanita yang sedang hamil pada pertengahan proses kehamilan.

Hampir 90% ibu hamil akan menghadapinya akibat peregangan kulit seiring dengan pembesaran rahim dan dinding perut.  Umum kita mengetahui bahawa kulit kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu, lapisan atas epidermis, lapisan tengah dermis dan lapisan paling dalam, subcutan.  Munculnya striae gravidarum ini terpengaruh daripada lapisan dermis yang berfungsi menyokong kulit agar sentiasa kekal mulus.

Lapisan ini terdiri daripada jaringan elastik yang membuatkan kulit kita mampu merenggang sesuai dengan keperluan tubuh.  Namun apabila tubuh semakin membesar dalam tempoh yang sangat pendek, seperti ketika hamil, serat in akan lemah dan akhirnya pecah akibat perubahan kulit yang menipis.  Oleh sebab itulah, munculnya garisan striae gravidarum yang menyalurkan pembuluh darah melalui lapisan dermis ke lapisan kulit epidermis yang nipis.

Seorang doktor, Muhammad Eizat telah berkongsi proses terjadinya garisan striae gravidarum ini atau lebih dikenal sebagai 'stretch mark' melalui akaun Twitternya.  Garisan ini tidak mengancam dan sehingga kini tiada lagi cara untuk mencegahnya.  Namun dengan pelbagai produk yang ditawarkan difarmasi, mungkin boleh mengurangkan tapi pasti akan tetap kelihatan walaupun pudar.



Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...