Bahaya ‘Paraben’ Dalam Produk Penjagaan Seharian Kita Berisiko Menyebabkan Masalah Kemandulan Pada Lelaki – Professor Dr. Imelda

Paraben adalah bahan kimia menyerupai hormon yang boleh mengganggu fungsi sistem endokrin yang boleh menyebabkan kerosakan sistem badan seperti tiroid, ovari, dan sistem peranakan lelaki.  Penyerapan paraben menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal sekali gus alasan yang cukup kukuh untuk menjauhi produk yang mengandungi bahan ini.

Paraben dikatakan boleh memasuki ke dalam salur darah walau hanya dengan sapuan diatas kulit dan paraben yang diambil melalui kulit adalah lebih pekat sebanyak 10 kali ganda berbanding melalui minuman.  Paraben sangat bahaya walaupun digunakan dalam kadar yang sedikit namun jika digunakan setiap hari ia juga akan meningkatkan risiko.

Perkongsian daripada Dr. Imelda mengenai bahaya paraben kepada masalah kesuburan lelaki ini perlu diambil serius.  Ini kerana menurut penulisannya, kandungan paraben yang tinggi boleh mengganggu kadar hormon testerone dalam darah dan mengakibatkan kemandulan.  Baca perkongsian penuh seperti dibawah dan buatlah keputusan yang wajar dengan bertukar kepada produk yang berasaskan organik dan semulajadi.

Paraben – bahan kimia ini berkaitan dengan masalah kesuburan lelaki.

Ini ialah bahan kimia yang digunakan sebagai perawet di dalam bahan kosmetik seperti shampoo, lotion kecantikan kulit, ubat gigi. Tujuan paraben digunakan ialah untuk mengawal pembiakan bakteria dan fungus di dalam produk kosmetik.

Kajian terbaru telah mula menunjukkan kaitannya paraben dengan masalah kemandulan lelaki. Di dalam kajian ini, 315 lelaki yang datang ke klinik untuk menyelidik masalah kesuburan mereka bersetuju membuat ujian air kencing untuk mengesahkan kandungan paraben di dalam air kencing.

Keputusannya menunjukkan bila kandungan paraben di dalam air kencing menjadi semakin tinggi, hormon testerone di dalam darah menjadi semakin rendah, pergerakan sperma semakin berkurangan dan terdapat lebih sperma yang berbentuk ganjil dan luarbiasa.

Bila membeli barang kosmetik atau pemakanan, belek lah bahan-bahannya. Jika ada perkataan paraben, eloklah dielakkan dan cari produk yang lain, terutamanya bagi pasangan yang ada masalah kesuburan.

P/S:
Setengah orang laki tu suka mandi kerbau, mandi tak pakai sabun, sampai mak selalu marah. La ni dah tau pasai paraben, baguih jugak naaaa mandi tak pakai sabun….macam suami saya laaaa…tak suka pakai sabun. La ni saya tak gaduh dah dengan dia.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...