26 Feb - Seorang mualaf yang dikatakan memeluk Islam bersama seluruh keluarganya beberapa tahun lalu telah mengimbau kembali detik-detik indah apabila dia seakan-akan menerima sesuatu pesanan dari kejadian ribut yang berlaku ketika beliau sedang berada di tengah laut, lapor Sinar Harian
Beng Seng, atau nama muslimnya Muhammad Firdaus Goh, 51, yang bekerja sebagai nelayan sejak kecil lagi berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama lapan orang nelayan sedang dalam perjalanan ke Pulau Ketam, Selangor untuk membaiki bot pukat tunda.
Ketika dalam perjalanan tersebut, kesemua rakan-rakan nelayannya beragam Islam dan cuma beliau sahaja yang bukan Islam di dalam bot itu.
“Saya tengok keadaan laut memang berbeza, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Senang cerita, saya tidak pernah alami keadaan sebegitu walaupun sudah menjadi nelayan sejak dari kecil lagi,”
katanya.Tambah Firdaus lagi, ribut itu secara tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan
Ketika ribut itu sedang mengganans, ada nelayan ketika itu melaungkan azan dan mereka sangat bersungguh-sungguh melaungkannya.
“Tidak lama selepas azan dilaungkan, ribut reda. Saya cukup terkejut melihat keadaan laut kembali tenang,” katanya.
“Syukur isteri menyokong tindakan saya dan dia juga bersetuju untuk memeluk agama Islam bersama empat orang anak kami,”katanya.
“Ahli keluarga dan saudara mara menerima kami dengan baik selepas memeluk agama Islam. Malah hubungan kami bersama keluarga bukan Islam, lebih erat,"
katanya."Walaupun sudah seminggu, Tahun Baharu Cina, rumah terbuka yang diadakan di rumah kami tetap meriah. Ramai saudara mara, jiran dan rakan- rakan datang.
"Macam- macam kami bualkan, tiada masalah komunikasi, sebab saya, isteri dan anak- anak boleh berkomunikasi bahasa Cina dan Melayu," katanya.
Firdaus yang juga disapa Siong dalam kalangan rakan- rakan berbangsa Cina kelihatan begitu mesra melayan setiap tetamu yang putus- putus datang.
"Seronok dapat datang rumah terbuka Siong, dia melayan kami seperti keluarganya sendiri," katanya
0 Comments