Ahli Arkeologi Percaya ‘Mumia Menjerit’ Merupakan Anak Kepada Firaun

KAHERAH- Sebuah pameran mumia yang digelar ‘Screaming Mummy’  telah diadakan dekat sini dan mempamerkan jasad mumia menjerit yang dipercayai sebagai putera kepada firaun yang telah dihukum gantung sampai mati akibat terlibat dalam perancangan membunuh ayahandanya.

Sebelum ini, figura mumia menjerit yang kelihatan seperti manusia yang mati dengan cara yang sangat menyiksakan ini hanya disimpan bagi tujuan kajian.

Menurut Kementerian Antikuiti Mesir, analisis DNA menunjukkan bahawa mumia tersebut merupakan putera kepada firaun Ramses III yang merupakan pemerintah antara tahun 1155 SM dan 1186 SM.

Keadaan jasad mumia berkenaan menunjukkan petanda seolah lelaki itu telah digantung kemudiannya dibalut dengan kulit kambing yang dianggap sebagai tidak suci oleh masyarakat tamadun Mesir.

Terdahulu, putera Pentawere telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana merancang pembunuhan ke atas ayahandanya.

Menurut sebuah lukisan purba pada papyrus purba yang dikatakan menceritakan tentang konspirasi pembunuhan berikut, putera ini dipercayai bersubahat dengan ibunya yang merupakan isteri kedua Ramses III.

Bagaimanapun, Ramses III tidak pasti berjaya dibunuh oleh mereka atau tidak meskipun terdapat bukti-bukti yang menunjukkan firaun itu telah ditikam di bahagian leher.

Sumber- The Independent



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...