90 Titik Panas Terus Meningkat Dalam Tempoh 24 Jam, Empat Wilayah Di Indonesia Telah Isytihar Amaran Bencana Kebakaran


Empat wilayah Indonesia telah mengisyaratkan peringatan bencana disebabkan ancaman kebakaran hutan dan tanah terus meningkat pada permulaan musim kemarau di negara itu.

Wilayah Sumatera Selatan, Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah dikatakan semuanya terdedah kepada kebakaran hutan pada tahun-tahun sebelumnya.

Agensi pengelolaan bencana alam Indonesia berkata, terdapat sejumlah 90 titik panas diseluruh Indonesia dalam tempoh 24 jam hingga 7 pagi Rabu ini seperti yang dikesan oleh satelit Terra dan Aqua.

Kebanyakan titik panas tersebut berada di Kalimantan Barat. Awal bulan ini, Presiden Joko Widodo telah menggesa pihak berkuasa untuk meneruskan usaha mereka bagi mencegah kebakaran hutan dan sebagai langkah awal memastikan Asian Games yang akan dihoskan oleh Indonesia dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan jerebu.

Widodo juga menambah, beliau telah berjanji kepada Perdana Menteri Singapura dan Malaysia bahawa tahun 2018 akan menjadi tahun bebas jerebu bagi kedua-dua buah negara itu.

Siakapkeli.my

Sumber: Channel News Asia

Post a Comment

0 Comments

loading...