(Video) Petua Untuk Kulit Muka Lebih Mulus Dan 'Glowing', Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Membuat 'Hydrating Mask'


29 Jan - Pada zaman moden ini, pelbagai produk kecantikan yang telah dikeluarkan oleh pelbagai jenama terkemuka. Ada yang murah dan mampu milik, tak ketinggalan juga ada yang memasarkkan pada harga yang sangat mahal.

Sesetengah wanita tidak kisah untuk membelanjakan wang ringgit, untuk mendapatkan rawatan kecantikan yang diidamkan. Ada pula yang sekadar cantik cukup syarat sahaja.

Ada juga yang sehingga kini mengamalkan petua tradisional atau petua kecantikan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ia sudah pasti terjamin lebih selamat berbanding produk kecantiakn yang ada di pasaran.


Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini, Norafiza Mahmud yang memberi satu petua untuk membuat 'Hydrating Mask' menggunakan bahan seperti buah tomato, madu, beras dan juga yogurt.

Menurut Norhafiza, Hydrating Mask ini untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan bercahaya, mengecilkan pori-pori serta merawat tumit kaki yang merekah.

Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.

Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.

HYDRATING MASK SCRUB

1 sudu madu
1 biji tomato
2 sudu beras ( blend halus)
1 sudu yogurt asli

Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar. Diamkan selama 15 minit hingga 20 minit. Kot nak lembab sangat buh la 30 minit. Haha

Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.

Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat di capai secara maksimum.




9. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas. 



10. Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik. Selamat mencuba semua. - Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...