Terkejut Lipas Dalam Kereta, Wanita 61 Tahun Rempuh Tangga Jejantas

29 Jan – Baru-baru ini seorang wanita berusia 61 tahun terlibat di dalam sebuah kemalangan apabila keretanya terbabas  merempuh jejantas apabila terkejut melihat lipas di dalam keretanya di Jurong East Central, Singapura, lapor Media Corp.

Foto insiden yang tular di laman media sosial menunjukkan sebuah kereta Mazda berwarna merah terbabas dan merempuh tangga jejantas untuk pejalan kaki.

Kereta wanita terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 7.30 petang.

Wanita itu dibawa ke Hospital Besar Ng Feng Tong untuk mendapatkan rawatan lanjut. Laporan awal menyatakan, wanita itu dipercayai hilang kawalan pemanduan selepas terkejut melihat seekor lipas di dalam keretanya sebelum terbabas.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut. – Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...