22 Jan – Melancong ke luar negara sudah pasti menjadi idaman setiap orang untuk merasai pengalaman yang luar biasa di tempat orang.
Di dalam Malaysia juga banyak tempat menarik yang anda boleh di lawati bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta. Namun, kata orang “jauh perjalanan luas pemandangan.”
Pasti ramai daripada anda yang mempunyai tempat pelancongan impian untuk anda lawati di luar negara. Seorang pengguna Twitter, Nur Natasha telah membuat satu thread tentang 20 tempat pelancongan di luar negara yang wajib anda lawati sekali seumur hidup.
Thread ini juga mampu membantu anda memilih tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Bukanlah nak kata tempat pelancongan di Malaysia tidak bagus, cuma sesetengah orang lebih suka menerokai budaya dan cara hidup masyarakat luar yang unik dan menarik.
Melalui thread ini juga, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah tentu boleh memilih salah satu lokasi untuk dijadikan tempat berbulan madu paling romantis buat mereka.
Tempat-tempat yang di cadangkan oleh Natasha ini merangkumi seluruh benua, termasuk Asia Tenggara hingga ke benua Eropah. Sudah tentu budaya dan cara hidup di negara lain berbeza secara keseluruhannya untuk anda terokai.
Jom ikuti thread yang dilengkapkan oleh Natasha ini tentang 20 tempat percutian menarik yang wajib anda lawati. Semoga bermanfaat.
20 tempat yang korang wajib pergi sekali seumur hidup ! 😍
.
Ini adalah THREAD— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
1. Lempuyang Temple kat Bali, Indonesia 🇮🇩Ada org panggil ni as ‘The Gateway to Heaven‘. Boleh sentuh awan gittew. Pura Lempuyang ni berada di puncak Gunung Lempuyang. Dalam 1,175m dari aras laut. So kalau nak pegi, bawak baju tebal dan stamina yg kuat ! 💪🏽 pic.twitter.com/vR74HOrYXs
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
2. Blue Lagoon, Iceland 🇮🇸Aktiviti geothermal kat sini sangat mengagumkan sampai terbentuk la spa. Siap ada kolam air panas semula jadi bewarna biru kehijauan. Kat sini, beg plastik untuk pakaian basah, shower, hair dryer and mcm2 kemudahan lagi dah tersedia. pic.twitter.com/knqM6KC5ZL
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
3. Hot Air Balloon Cappadocia, Turkey 🇹🇷Kos naik hot air balloon kat sini diantara yg termurah kalau nak dibandingkan dgn negara lain. Aktiviti ni wajib buat kalau pegi Turkey. pic.twitter.com/mverxW1pxw
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
4. Stonehenge di Salisbury, UK 🇬🇧Ni more to port bergambar. Tumpuan batu besar melingkar ni dah wujud dari zaman dahulu kala lagi pic.twitter.com/nRjXH4hwht
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
5. Love Lock Paris di France 🇫🇷Ni ala ala mcm kat Bukit Bendera tu.. kuncilah cinta korg dgn partner masing-masing. Jgn disailang ! pic.twitter.com/A8INQzecOh
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
6. Tembok Besar China 🇨🇳Ini best ! Salah satu keajaiban dunia ni. Naik la a few checkpoint yg larat. Korg akan dapat sijil tau pic.twitter.com/jpvdVGvcFm
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
7. Eiffel Tower di Paris, France 🇫🇷The city of love gittew. Kalau datang berdua tu, naik la Eiffel Tower ni sampai atas sekali. Tengok view Bandar Paris dgn angin sepoi sepoi, nak pulak time tu tengah nak Sunset. Woww 😍 ‘Yang, jom pegi ! 😋‘ pic.twitter.com/AoqcQ65U5k
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
8. Northern Light, Sweden 🇸🇪Aurora Borealis 😍 payah ni nak explain cemana aurora ni terhasil. Kene buat satu thread khas 😂 yg pasti ini sangat rare ! Tengok aurora dancing depan mata. My bucketlist ! pic.twitter.com/KMRXBRqUID
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
9. Fushimi Inari Shrine di Kyoto, Japan 🇯🇵
Dikenali sebagai tempat suci yg terkenal di Jepun. Attraction dia kayu-kayu oren ni disusun yg dikenali sebagai torii sepanjang jalan ke Gunung Inari. Percuma je nak masuk sini so wajib pegi ! pic.twitter.com/bUUweXV3gn— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
10. Grand Canyon di Amerika 🇺🇸Kat sini ada Skywalk, kalau berani boleh cuba. View sangat ohsem weh.. boleh pegi sebab tempat ni pun rare 😍 pic.twitter.com/lRR5uK6tbR
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 17, 2018
Pulau Jeju menjadikan percutian pantai lebih mengujakan dengan tawaran pemandangan pulau yang indah dan sejarah yang menarik.Sekiranya anda begitu menghayati alam semulajadi, Pulau Jeju adalah pilihan yang bijak. pic.twitter.com/Uwhp6dLKO2
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Jambatan Golden Gate di San FranciscoSan Francisco menawarkan banyak mercu tanda yang terkenal untuk dikunjungi.
Menjadi lokasi penggambaran untuk banyak filem Hollywood terkenal.Jangan ketinggalan untuk melompat di atas laluan tram ikonik ini. pic.twitter.com/tyMvA6bufL
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
13. Guilin, ChinaJangan lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam di kawasan padi bertingkat di Longsheng.
Bandar ini terkenal dengan pembentukan Karst (batu kapur yang terhakis) yang mempamerkan pemandangan indah ketika anda belayar ke Sungai Li. pic.twitter.com/4vkMAYbXCk
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
14. The Hobbit House – Being SomewhereMenjadi tempat penggambaran file Hobbit dan Lord of The ring.. Yang menariknya, tempat ni sebijik dgn apa yang kita tgk dalam movie tu..
2 jam perjalanan dari Auckland.. Berbaloi utk pergi lagi2 anda peminat filem2 ni.. pic.twitter.com/R8WZfLyACF
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
15. Lofoten Islands, NorwayPemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Røst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! pic.twitter.com/BVgq3UGCXW
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
15. Lofoten Islands, NorwayPemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Røst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! pic.twitter.com/BVgq3UGCXW
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
17. Aogashima, JepunPulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk . Ianya merupakan antara pulau gunung berapi yang paling cantik, dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini. pic.twitter.com/dQMD8sHJBW
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
18. Crooked Forest, West Pomerania, PolandHutan ini dinamakan dengan nama ‘Crooked Forest’ kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbuh melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas. pic.twitter.com/fFlUK2f6Fu
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
19. Huacachina, Peruvian Desert, PeruKawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Bunyi macam pelik je kan? Tapi tempat sebegini memang wujud. Dan salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru pic.twitter.com/EcM0GxdjSP
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
20. Darvaza Gas Crater, TurkmenistanDarvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli. pic.twitter.com/MedpnHDm9a
— Nur Natasha (@Tweetcomel91) January 19, 2018
Siakapkeli.my
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments