Putus Asa Cari Bakal Suami, Wanita Ambil Keputusan Kahwini Hantu Lanun

Seorang wanita berusia 45 tahun mengambil keputusan berkahwin dengan hantu lanun yang telah mati pada abad ke-18 selepas berputus asa mencari bakal suami sebenar.

Amanda Teague yang juga merupakan peminat tegar karakter Jack Sparrow dikatakan membuat keputusan ini selepas dia dikatakan ‘merasai’ kewujudan roh tersebut dan menjalinkan hubungan dengannya.

Meskipun Amanda tidak dapat melihat suaminya, dia mempercayai tentang kewujudan hantu lanun yang digelar Jack ini berikutan kepercayaannya yang sangat kuat kepada lanun.

Jelasnya, Jack merupakan lanun Haiti yang telah dipancung diatas kesalahan jenayah yang dilakukannya pada tahun 1700.

Menurut Amanda, Jack dipercayai mempunyai fizikal yang mirip dengan karakter kapten Jack Sparrow dalam cerita Pirates of the Carribean.

Amanda yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu, menjelaskan bahawa dia tidak pernah merasai kasih sayang yang utuh seperti sekarang.

Perkahwinan tersebut berlangsung diatas sebuah bot yang berada di perairan antarabangsa dan disaksikan oleh 12 orang keluarga terdekat.

Mereka menggunakan tengkorang, bendara lanun dan lilin bagi menggantikan Jack.

Sumber- Dailymail



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...