Penyakit Lupus Atau SLE, Penyakit Kronik ‘Sehebat’ Kanser Yang Ramai Salah Anggap Ianya Penyakit Biasa

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), Lupus adalah salah satu penyakit yang kini makin tinggi kadar pesakit yang menghadapinya.  Malaysia sendiri dianggarkan lebih daripada 10,000 telah didiagnosis dan dianggarkan 90 peratus pesakit yang menghidap SLE terdiri daripada golongan wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 44 tahun.

Apakah SLE? Lupus adalah salah satu penyakit kronik dimana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri dan perlahan-perlahan menjejaskan sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem sarah, atau organ lain dalam badan.

Lupus berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “serigala”.  Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan dimuka pesakit sebagai gigitan serigala.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Ikuti perkongsian Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Rafidah Abdullah yang menerangkan lebih lanjut tentang penyakit yang sama bahayanya dengan kanser ini dan pantang-larang dalam pengambilan ubat atau suplement yang tertentu.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Sebelum saya cerita apa-apa yang lain, saya nak tekankan yang paling penting untuk penyakit ini:

1. JANGAN AMBIL SUPLEMEN sebab boleh memudharatkan. Tiada daun itu, daun ini yang boleh baiki SLE. Semua produk adalah MENGARUT.


2. JANGAN tinggal kan temujanji Doktor Pakar. Beritahu and tanya mereka semua benda sampai anda paham.

SLE adalah penyakit kronik yang terjadi kerana inflamasi atau keradangan yang efek organ-organ, juga kulit, sendi dsb. Sejenis penyakit autoimun. Tidak boleh sembuh; hanya boleh bertahan dengan ubat Insyaallah.

Dalam lingkungan 90% SLE adalah perempuan; jika lelaki, golongan ini ada kemungkinan penyakitnya lebih serius dan agresif sedikit.

Simptom permulaan tidak sama antara satu sama lain. Bergantung kepada organ yang terlibat. Kalau buah pinggang, mungkin kaki bengkak dan kencing berbuih (protein). Entiti ini kami panggil Lupus Nephritis. Ada yang demam, kemerahan kulit terutama bahagian pipi atau sendi-sendi bengkak dan sakit.

Jadi, boleh berjumpa Doktor. Beritahu semua simptom anda. Doktor akan buat pemeriksaan dan menghantar beberapa ujian darah khas.

Antara ubatan yang mungkin akan diberikan:

1. Prednisolone-steroid. Dos berlainan mengikut aktiviti penyakit ketika itu.

2. Hydroxychloroquine-rawatan yang boleh mengurangkan simptom.

3. Ubat immunosuppressant – untuk mengurangkan inflamasi dan keradangan organ-organ disebabkan SLE. Ini lain orang lain. Perlu pantauan Doktor dengan rapi.

Jadi, disini saya mohon jurujual produk JANGAN DEKAT dengan pesakit SLE dan memberi harapan palsu. Ada juga pesakit saya yang meninggal dunia kerana terlalu percaya produk dan meninggal kan ubat Hospital. Sangat bahaya tinggal kan ubat Hospital, walaupun sehari. Yang terpaksa bergantung mesin Dialisis seumur hidup lagi ramai sebab ini.

Tolong lah. Ingat lah pesan saya.

Jurujual – JANGAN DEKAT pesakit SLE.

Pesakit SLE mohon jangan ambil apa-apa produk. Tolong lah.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...