Foto: Remaja |
Kasthuribai a/p M.Sattayappan, 45, berkata, kejadian tragis itu berlaku didepan matanya sendiri malam semalam di Flat PPR Seri Pantai.
Menurut ibunya, dia bersama anaknya bongsunya itu, Satiswaran turun ke bawah flat berkenaan kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolah.
Namun, kad tambah nilai yang ingin dibeli tiada. Mendiang Satiswaran mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan secara tiba-tiba sebuah kerusi yang didakwa dibaling dari tingkat 21 menghempap kepala mangsa sehingga terbelah.
Foto: Remaja |
"Ini bukan soal nyawa orang India, bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina, tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain," ujarnya
Foto: Remaja |
Difahamkan, mayat mendiang Satiswaran masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk upacara pengkebumian.
Nenek kepada mendiang yang tinggal di tingkat 21 berkata, dia tahu dan kenal dengan kerusi yang menimpa kepala cucunya dan dikatakan adalah milik jirannya yang diletakkan di luar rumah.
0 Comments