Jimat Hampir RM200, Lelaki Kongsi Tips Bajet Bercuti 4H 3M Ke Langkawi Dengan Kereta Sendiri Daripada Naik Feri Penumpang

Jika dulu kita perlu kereta sewa untuk bergerak di Langkawi, namun kini korang dah boleh bawa masuk kereta sendiri untuk melancong ke pulau ini.

Bolehlah shopping banyak cokelat dan pinggan mangkuk di Haji Ismail Group (HIG).  Tak perlu lagi tarik luggage sampai tercabut tayar dari hotel ke jeti, jeti ke feri dan feri ke kereta.

Namun ada beberapa prosedur yang harus dilalui sebelum membolehkan anda membawa kereta ke dalam pulau.  Ada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri angkut kenderaan ke Langkawi iaitu Langkawi Roro dan Langkawi Auto Express.

Perkara yang diperlukan semasa booking (Langkawi Auto Express):

Dokumen

  • Untuk mengunakan perkhidmatan ini, anda perlu fax kan salinan ic dan juga geran kereta anda jika anda booking terlebih dahulu. Jika ke kaunter, anda perlu bawa salinan berkenaan sebagai bukti pemilikan kenderaan yang anda bawa. Jadi fotostat siap-siap salinan ic dan juga geran kereta anda. Salinan depan dan belakang. Jika geran baru, hanya satu bahagian sahaja.
Tempahan Tiket
  • Anda boleh membuat tempahan tiket secara online menerusi laman web www.langkawiauto.com. Anda masukkan maklumat yang diperlukan anda lakukan booking. Sila lakukan pembayaran dalam masa 3 hari. Jika tidak, booking berkenaan akan dibatalkan. Anda perlu fax dokumen ke Langkawi Auto Express (04 9692889) / Kuala Perlis (04 9851401). Untuk memudahkan anda, tempah tiket 2 hala terus mengikut perancangan anda.

Cara tempahan tiket:

i. Melalui kaunter yang terdapat di Kuala Perlis.
ii. Pembelian secara online di laman web berikut: http://ift.tt/2DKfvVA
iii. Tempahan melalui telefon di kaunter Kuala Perlis 04-9851584 / 04-9851401 (Faks)


Harga Tiket
  • Jika anda travel berseorangan, ia adalah percuma. Jika anda membawa penumpang, harga tiket akan dikenakan. Dalam feri juga ada tempat yang selesa untuk penumpang berehat di dalam feri. Berikut adalah harga tiket semasa (ketika artikel ini ditulis). Harga tiket berdasarkan jenis kenderaan dan juga CC kenderaan anda. Lebih besar CC dan kenderaan anda, lebih mahal tiket dikenakan.

Masa Berlepas

  • Anda perlu merancang masa untuk bawa kenderaan anda ini. Pihak Langkawi Auto Express ada sediakan jadual perjalanan setiap bulan di laman web mereka. Jadi anda boleh rancang masa anda. Sila datang awal 2 jam ke jeti agar dapat selesaikan urusan docking kenderaan dengan mudah. Jika cuti sekolah, kawasan jeti sangat sibuk. Jadi rancang sebaiknya.
  • Lokasi berlepas adalah di Jeti Kuala Perlis di semenanjung dan Pelabuhan Tanjung Lembong di pulau Langkawi. Klik Sini Untuk Jadual Berlepas. Bersedia lebih awal agar tidak ditinggalkan oleh feri nanti. Urusan tiket dan loading juga ambik masa. Datang lebih awal.
Gambar Hiasan
Korang juga boleh baca perkongsian daripada Mohd Khairol Haswadi dibawah ini yang sudah mencuba perkhidmatan feri angkut kenderaan ke Langkawi menggunakan khidmat Langkawi Auto Express untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Review ke Langkawi : Bawa kereta sendiri naik feri lebih jimat duit, jimat tenaga, selesa

Minggu lepas kami ke Langkawi 4hari 3malam. Ni first time bawa kereta naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.

Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro. Kami pilih Auto express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1jam15min jika dengan feri penumpang).

Kos terlibat:
Tambang pergi-balik:
-Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
-Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
-Kanak2 x 2 : RM52

TOTAL: RM388nett

Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
1)Tambang feri pergi balik:
-Dewasa x 2 : RM72
-kanak2 x 2 : RM52

2)Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40

3)Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400

TOTAL: RM564



  • Jika pergi 3hari 2malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri
  • Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket
  • Tak perlu beratur panjang, jalan jauh2. Hanya duk dalam kereta tunggu check in.
  • Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa
  • Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2. 
  • Boleh bebas lepak2 di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.

Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni, pastikan tempah awal2, seawal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...