30 Jan – Lebih 100 penduduk di pendalaman daerah Kapit, Sarawak diancam bahaya apabila kawasan rumah panjang yang diduduki oleh mereka sedang mengalami hakisan tanah yang buruk berdekatan Sungai Rajang, lapor The Star
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak, berkata kakitangan yang bertugas di daerah Kapit dan Song telah melakukan lawatan ke Rumah Bukit Simpai yang terletak di Nangau Serau.
Mereka menjumpai ketulan besar daripada bukit yang terhakis itu berpunca daripada hujan lebat sejak Isnin lalu.
Penduduk disitu dinasihatkan agar bersiap sedia untuk dipindahkan sebelum keadaan menjadi lebih serius. Rumah Panjang itu dibina betul-betul bersebelahan tebing curam Sungai Rajang.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments