‘Hadiah’ Paling Bermakna Dari Isteri Selepas 16 Tahun Menunggu Sebelum Pergi Untuk Selamanya

Batu Pahat: Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi dua hari lalu, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 21 hari lalu.

Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata, dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.

Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke sebuah hospital swasta, namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.

Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

 Anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.

Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, ” katanya.

Sementara itu, Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.

Sumber: Berita Harian



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...