Gempa Bumi Lemah Melanda Kota Suci Madinah

17 Jan – Persatuan Geologi Hani Zahran mengesahkan kota suci Madinah dilanda gempa bumi sekuat 2.5 skala richter semalam.

Namun, gegaran lemah itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakkan, lapor Khaleej Times. Pusat gempa terletak kira-kira 14 kilometer dari barat laut Madinah dan sedalam 7 kilometer.

Jurucakap pertahanan awam, Kolonel Khaled Al-Johani berkata, pihaknya dimaklumkan gempa tersebut sekitar 3 petang waktu tempatan oleh beberapa orang penduduk di barat Madinah.

Encik Tariq Aba Al-Khail, jurucakap Penguasa Meteorologi dan Perlindungan Sekitaran berkata bahawa gegarannya “lemah dan tidak berbahaya” dan beliau turut mendedahkan bahawa gegaran kecil berlaku dari semasa ke semasa di negara itu. – Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...