— Emily Lakdawalla (@elakdawalla) January 16, 2018
Kedua-dua gelombang cahaya ini tidak dapat dikesan menerusi mata, tetapi ia boleh dirakam oleh kamera khas seperti di atas.
Damia telah menggabungkan 2 set data gelombang cahaya tadi dan menghasilkan sebuah imej yang ‘bukan berwarna sebenar’.. atau dikenali sebagai false color image. Saintis selalunya menggunakan kaedah ini untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku dan dapat memberi gambaran lebih terperinci mengenai sifat objek yang dicerap.
Di dalam kes foto Zuhrah di atas, kamera UVI dapat melihat lapisan awan dan jerebu yang terletak pada ketinggian 65-75 km di atas permukaan Zuhrah, manakala kamera IR2 menunjukan lapisan yang lebih rendah, iaitu pada sekitar 48-55 km.
Lapisan awan yang tebal akan kelihatan lebih gelap. Warna-warna lain juga menunjukkan perbezaan komposisi atau saiz partikel yang terapung-apung di kawasan tersebut.
Formasi awan yang dirakam menerusi kamera gelombang ultraviolet UVI. Variasi warna di sini ada menunjukkan kehadiran gas sulfur dioksida yang muncul daripada lapisan bawah atmosfera dan menerjah naik ke lapisan awan.
Pandangan lebih jelas pusaran vortex yang mengelilingi kawasan kutub selatan Zuhrah. Cahaya yang diterima di kawasan ini ialah pada waktu ‘pagi’ di sana.
Kawasan di garisan lintang khatulistiwa menunjukkan rupa bentuk awan-awan yang agak kompleks. Perbezaan nada warna di sini menunjukkan adanya komponen misteri yang menyerapkan cahaya ultraviolet dan juga wujudnya gas sulfur dioksida di dalam lapisan atmosferanya.
Menerusi kamera gelombang infra-merah, IR2, jalur kawasan yang terang menunjukkan kawasan di mana suhunya lebih tinggi berbanding kawasan lain. Kena ingat, planet Zuhrah ini pun memang panas sangat, maka kawasan ‘gelap’ menerusi kamera IR2 ini tidak semestinya menunjukkan ia sejuk dan nyaman!
Jelas kelihatan dari aspek kajian meteorologi, planet Zuhrah ini sungguh kompleks dan masih banyak perlu dipelajari.
Foto ini merupakan gabungan 2 buah rakaman yang dibuat pada jarak yang berlainan, bagi menampung ‘kekosongan’ data yang ada pada foto yang lebih terperinci sebelum ini. Banyak bentuk yang menarik dapat dilihat seperti rupa bentuk “V” senget yang mengelilingi Zuhrah di kawasan latitud rendahnya. - Siakapkeli.my
0 Comments