
Harga barang-barang di pasaran yang semakin mahal menyebabkan niat untuk mengubah suai rumah itu terbantut seketika kerana perlu mendahulukan mana yang menjadi keperluan dan tinggalkan sementara kehendak hati.
![]() |
| Luar rumah (Sebelum) |
Perkongsian ini telah menarik minat netizen dan berpendapat dengan hasil rumahnya selepas diubah suai dengan kos yang rendah, ia sangat-sangat berbaloi.
Menurut Mcyah, masa yang diperlukan hanya 24 jam sahaja untuk melihat rumah yang sederhana berubah seperti sebuah istana dengan kos yang rendah.
Beliau dan suami memilih konsep yang mewah dan klasik untuk dijadikan tema untuk teratak kecilnya itu.
"Ramai tak percaya, korang tak tahu lagi aku punya kedekut, RM2000 pun aku rasa mahal dah," katanya.
![]() |
| Ruang tamu (Sebelum) |
Jom ikuti perkongsian Mcyah tentang pengubah suaian rumahnya yang sederhana tetapi sangat cantik di mata dan di hati. Semoga bermanfaat.
Bismillah. Ubahsuai simple & nice tapi murah.
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
![]() |
| Ruang TV (Sebelum) |
Husband cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.



0 Comments