“Akal Mana? Nafsu Kat Mana?,” Hafiz Hamidun Selar Komen Fatiya Latiff Terhadap Iqram Dinzly

18 Jan – Baru-baru ini, tular di media sosial tentang komen Fatiya Latiff di siaran ‘Live’ Instagram Iqram Dinzly yang mengundang kecaman dari netizen.

‘Screenshot’ yang diambil oleh seorang pengguna Twitter bernama Nanii yang perasan komen Fatiya tersebut dan memuat naik ke laman Twitternya.

Gambar itu juga telah mendapat respon pengikutnya yang berbeza. Beliau memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen, “Fatuya ni tengah bergurau ke apa? Apasal dia cakap macam tu. Aku sorang jeke perasan kat Live Iqram ni.”

Fatiya yang terkenal dengan komen-komen serta status kontroversinya di Twitter sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai terhadap komennya yang berbunyi, “Tak ada scene bunuh diri ke? Alang-alang tu pergi bunuh diri.”

Jelas sekali komen tersebut sangat pantas tersebar di laman media sosial. Salah seorang selebriti yang turut memberi kecaman terhadap komen Fatiya itu ialah, Hafiz Hamidun.

Hafiz Hamidun dalam entri menerusi akaun Twitternya berkata, “bunuh diri tu haram.Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.”

Hafiz juga menambah, “bagaimana jika orang yang kau suruh bunuh diri tu, betul-betul bunuh diri? Kau happy? Puas?”

Netizen juga turut memberi pendapat mereka yang berbeza. Ada yang menyokong dan ada juga yang kembali mengecam Hafiz yang dikatakan Twit perkara yang tidak berfaedah.

Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...