Zanco T1, Telefon Bimbit Terkecil Di Dunia Lebih Kecil Dari Saiz Ibu Jari Bakal Dipasarkan Pada Mei 2018

Di era dimana telefon dengan skrin besar menjadi pilihan, sebuah syarikat pengeluar cuba melakukan hal berbeza apabila bertindak mencipta sebuah telefon bimbit sekecil mungkin.

Terkini, syarikat tersebut berjaya mengeluarkan sebuah telefon bimbit yang lebih kecil dari saiz ibu jari manusia dan lebih ringan dari duit syiling yang dikenali sebagai Zanco t1.

Ia mempunyai kemampuan untuk menyimpan sehingga 300 buah nombor telefon dan boleh dimuatkan di dalam poket paling kecil pada mana-mana pakaian.

Walaupun bersaiz kecil, Zanco turut mempunyai kemampuan seperti telefon bimbit yang biasa seperti menghantar sms dan berbual.

Orang ramai bagaimanapun pasti tertanya-tanya sama ada produk tersebut bakal diterima baik oleh pengguna atau tidak? Bagi mendapatkan jawapan, Zanco dan Clubbit telah menjalankan kempen mengumpul dan Kickstarter dengan sasaran sebanyak $33,444. Sekiranya sasaran tersebut berjaya dicapai, mereka akan mengeluarkan telefon bimbit tersebut secara besar-besaran.

“Kami bangga memperkenalkan telefon bimbit terkecil di dunia. Ia sangat kecil, anda tidak akan percaya ia wujud! Ia adalah hadiah yang sempurna untuk pecinta gajet dan muat untuk beg atau poket tidak kira berapa kecil pun ia,” menurut kenyataa melalui kempen Kickstarter.

“Kali pertama anda melihatnya, anda tidak akan mempercayainya. Kemudian anda berfikir mengapa ia wujud? Apabila anda melihatnya kali ketiga, anda akan sedar betapa anda mahukannya.”

Berbaki 22 hari lagi sebelum kempen tersebut tamat, mereka sudah pun berjaya mengumpul dana sebanyak $102,816, angka yang sudahpun melepasi sasaran yang ditetapkan dan kini mereka di landasan betul untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran.

Pembeli tidak perlu risau kerana Zanco berupaya untuk menggunakan kad sim nano, sama seperti yang diguna pakai oleh telefon bimbit pada hari ini, bagaimanapun ia hanya mempunyai fungsi rangkaian internet 2G sahaja.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan telefon bimbit terkecil didunia perlu menunggu sehingga Mei 2018 apabila ia sedia untuk dipasarkan.

Keran saiznya yang sangat kecil, ramai juga yang tertanya-tanya sama ada ia bakal menjadi popular seperti telefon bimbit kecil sebelum ini, Zanco Fly dalam kalangan banduan di penjara kerana ia mudah diseludup.

Sumber : The India Express



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...