Sudah menjadi syarat dalam alam pekerjaan pada hari ini, sebelum kita ditawarkan sesuatu pekerjaan yang dipohon, kita akan dipanggil untuk menjalani temuduga terlebih dahulu. Temuduga adalah medan dimana majikan menilai tahap kebolehan kita diperingkat awal sama ada kita sesuai ataupun tidak dengan amanah dan tanggunjawab yang bakal diberikan sekiranya dipilih.
Jadi untuk menyakinkan majikan, kita sebagai ‘job seeker’ perlu membuat persedian yang cukup termasuklah dari segi kelayakkan ilmiah dan keterampilan diri. Soal keterampilan diri kadang kala menjadi penentu jika semua yang hadir ke sesi temuduga mempunyai kelayakkan yang sama. Malah, keadaan ini mungkin lebih rumit bagi wanita kerana ada bukti yang menunjukkan kecenderungan bahawa pengrekrut lebih teliti dalam memerhati penampilan ‘job seeker’ wanita.
Menurut seorang penumuduga terkenal, Bruce Hurwitz yang telah berkongsi satu artikel berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pengrekrut pekerja baru mendapati, wanita yang hadir ke tumuduga memakai cincin pertunangan / perkahwinan atau memakai cincin berlian lebih sukar untuk mendapatkan kerja berbanding wanita yang tidak memakainya.
Menurut Hurwitz, jika seseorang wanita yang hadir ke temu duga dengan memakai cincin yang mahal, ia telah pun memberi isyarat negatif kepada pengrekrut. Para pengrekrut ini cenderung untuk menganggap bahawa wanita tersebut sebagai seseorang yang mengamalkan gaya hidup mewah dan mempunyai citarasa berkelas tinggi. Bagi perengkrut, jika ‘job seeker’ mempunyai ciri-ciri seperti ini, ia akan menyukarkan mereka ketika melakukan rundingan terutamanya soal gaji jika ditawarkan pekerjaan yang dipohon.
Malah, keadaan mungkin menjadi lebih teruk kepada ‘job seeker’ tersebut apabila majikan beranggapan bahawa mereka sememangnya tidak akan mampu untuk menggaji pekerja yang dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘high demand’.
Katanya lagi, wanita yang memakai cincin berlian yang mahal juga boleh menerbitkan perasaan cemburu ataupun persaingan dalam kalangan pekerja wanita yang sedia ada berkhidmat di organisasi tersebut. Walaupun ini mungkin kedengaran macam tidak masuk akal, Hurwitz memberitahu bahawa pengrekrut wanita terutamanya cenderung untuk beranggapan bahawa posisinya mungkin terancam jika dia memilih untuk menerima permohonan ‘job seeker’ yang mempunyai penampilan lebih baik darinya, termasuklah cincin yang lebih besar dan mahal
Ujar Hurwitz lagi, memakai cincin pertunangan / perkahwinan juga memberi isyarat negatif kepada pengrekrut lelaki. Mereka seringkali beranggapan bahawa wanita tersebut sudah pun mempunyai ikatan emosi dengan individu lain. Bagi mereka, wanita yang tidak memegang status ‘single’ ini dianggap sukar untuk membiasakan diri dengan suasana baru di tempat kerja dan sukar didekati, terutama oleh majikan lelaki. Mungkin kedengaran seperti ada peluang untuk gangguan seksual berlaku, namun menurut Hurwitz, memang adakalanya ia menjadi realiti.
Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh Hurwitz ini hanyalah pandangan peribadinya sepanjang ia berkhidmat sebagai pengrekrut dan tidak menggambarkan sepenuhnya realiti yang berlaku dalam industri. Memakai cincin tunang / perkahwinan adalah hak seseorang wanita, dan wanita juga berhak untuk mempertahankan status dirinya di hadapan majikan, malah dalam kebanyakkan keadaan, penerangan tersebut boleh diterima oleh majikan.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments