(Video) Dari Pentas Bola Sepak Dunia, Kini Emmanuel Eboue Tidur ‘Bertilamkan’ Kaki Lima

27 Dis – Siapa pernah menyangka jika dulu beliau adalah bintang bola sepak dunia dan pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bermain bersama Arsenal, kini hidup merempat.

Sudah tentu nama Emmanuel Eboue tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia daan pernah meniti di bibir setiap penyokong Arsenal satu ketika dahulu.

Jika dulu bermain di EPL sudah tentu menjanjikan kehidupan yang mewah dengan gaji yang lumayan.

Ketika beraksi bersama Arsenal

Beliau juga memakai kereta mewah, mempunyai peminat tersendiri selain bersosial di kelas atasan adalah sinonim dengan dirinya sepanjang tujuh tahun di pentas liga bola sepak paling elit di dunia itu.

Namun semua itu hanya tinggal sejarah yang kian hilang di benak fikirannya.

Eboue, 34, kini hampir saban hari terpaksa bersembunyi dan melarikan diri daripada pengutip hutang yang sentiasa mengejarnya selain terpaksa menjadikan kaki lima sebagai katil empuk untuk bertuduh.

Ketika beraksi bersama Galatasaray

Begitulah nasib yang menimpa pemain yang berasal daripada Ivory Coast itu sebelum ini.

Ketika ditemui media, penampilannya yang segak dan gagah dahulu kini 360 darjah telah berubah.

Beliau mengakui nasib malang yang menimpa dirinya itu adalah sebab kegagalan dia dalam mengruskan kewangan dan terlalu mempercayai rakan.

Eboue juga berkata pernah menghadapi tekanan yang amat berat sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Rupa terkini Eboue

Nasib malangnya ditambah lagi apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung dia selama 12 bulan dari aktivii bola sepak kerana insiden pergaduhan dengan ejennya.


Beliau juga dikatakan telah bercerai dengan bekas isterinya selain diisytiharkan muflis selepas mahkamah mengarahkan Eboue menyerahkan semua hartanya kepada bekas isteri.


Dia juga kalah dalam kes hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya hasil daripada perkahwinannya itu. 


Eboue dan bekas Isterinya

Dalam perkembangan terbaru yang dilaporkan oleh Daily Mail, bekas pasukan Eboue, Arsenal Football Club akan mencari jalan terbaik untuk membantu beliau menyelesaikan masalaha yang dihadapinya sekarang.

Jurucakap Arsenal berkata, pihak kelab bersimpati atas apa yang telah menimpa Eboue dan akan cuba mencari jalan terbaik untuk membantunya.

Selain Arsenal, satu lagi bekas kelab Eboue iaitu Galatasaray telah menawarkan beliau peluang kerjaya sebagai jurulatih akademi kelab tersebut yang berpengkalan di Turkey.

Emmanuel Eboue memulakan karier beliau sebagai pemain bola sepak professional di kelab ASEC Mimosas yang berpengkalan di Ivory Coast sebelum berpindah ke sebuah kelab dari Belgium, Beveren.

Selepas itu, beliau menyertai Arsenal bermula pada tahun 2004 sehingga 2011 dan kemudian berhijrah ke kelab Galatasaray dari 2012 hingga 2016. Beliau juga telah membuat 79 penampilan bersama negaranya Ivory Coast.


lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...