Seorang lelaki di China mengejutkan seorang pengurus jualan apabila berkeras ingin membayar wang pendahuluan sebuah BMW dengan 10 kotak duit syiling.
Ketegasan lelaki tersebut membuatkan para pekerja di pusat jualan tersebut terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk mengira kesemua wang syiling tersebut yang bernilai hampir 70,000 Yuan (RM 43,412).
Pelanggan tersebut yang enggan dikenali membeli salah sebuah kenderaan mewah berjenama BMW yang berharga 400,000 Yuan (RM 24,8070) pada 18 Disember lalu.
Menurut Pengurus Jualan pusat jualan tersebut, Mr Gu, pembeli tersebut merupakan seorang ahli perniagaan dan berkeras mahu membayar wang pendahuluan menggunakan wang syiling yang bernilai 5 Mao sekeping.
''Semua duit syiling tersebut adalah syiling 5 Mao yang telah disimpan oleh pelanggan kami bertahun-tahun lamanya,'' katanya.
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, kelihatan sekumpulan jurujual di pusat jualan tersebut bersila di atas lantai untuk mengira nilai kesemua wang syiling tersebut.
Malah, Mr Gu turut memberitahu bahawa dia terpaksa pergi sendiri ke rumah pelanggang tersebut untuk mengambil kesemua 10 kotak wang syiling tersebut.
Sumber : Daily Mail UK
0 Comments