Teknik Couching Sudah Diharamkan Kerana Boleh Menyebabkan Pesakit Buta

Pengamal aktiviti ‘couching’ yang didakwa menjadi alternatif untuk merawat penyakit katarak akan diambil tindakan dan dipantau oleh semua Jabatan Kesihatan negeri masing-masig.

‘Couching’ merupakan teknik menolak lensa mata ke bahagian ‘cavity vitreous’ yang didakwa mampu merawat penyakit katarak dengan aktiviti itu dilapor viral di media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, sebelum ini amalan teknik terbabit sudah diharamkan serta sudah disahkan tidak mampu merawat penyakit katarak.

Jelasnya, teknik ‘couching’ itu dikatakan mampu memberi kesan lebih buruk kepada peaskit dalam jangka masa panjang termasuk menyebabkan buta.

“Pesakit katarak juga dinasihat mendapatkan nasihat pakar perubatan dan menjalani pembedahan di hospital dengan keseluruhan prosesnya hanya mengambil masa hampir 30 minit sahaja.


“Teknik ‘couching’ ini tak diiktiraf, selain dikhuatiri akan menyebabkan keadaan mata pesakit bertambah buruk jika melakukannya. Ini kerana bahagian mata sangat kompleks dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Dr Hilmi turut mengesahkan pihaknya masih tidak menerima laporan berhubung  sebarang jangkitan ke atas bayi yang didapati minum susu formula tiruan yang dijual di pasaran.


“Kita sudah mengambil beberapa sampel susu formula tiruan yang dijual di pasaran bagi mengenal pasti bendasing yang terdapat dalam bahan makanan bayi itu.


“Bagaimanapun, aktiviti pemantauan penjualan susu formula tiruan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), selain bersedia menjalin kerjasama bagi membanteras isu ini,” katanya.

Sumber – Berita Harian



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...