” Tak Tahu Macam Mana Nak Beritahu Ibu Bapa Mereka Di Mekah,” 3 Beradik Maut Dalam Kemalangan Selepas Hantar Ibu Bapa Kerjakan Umrah

23 Dis – Perjalanan pulang tiga beradik dari menghantar ibu bapa dan adik mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan umrah berakhir dengan tragedi apabila mereka maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sebuah parit.

Kejadian yang berlaku di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih awal pagi tadi. Tragedi yang berlaku pada pukul 5.45 pagi itu telah menyebabkan mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman,28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir,14 maut ditempat kejadian.

Manakala dua lagi mangsa, Salma Ibrahim dan Nurul Aliyana Zawawi mengalami cedera parah.

Menurut ibu saudara yang mahu dikenali sebagai mama, kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini kira-kira pukul 7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas kemalangan berlaku,” ujarnya

“Dia beritahu saya tiga adik beradik itu sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam bergenang dalam air manakala ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama kemudian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Mengikut maklumat awal diterima daripada ahli keluarga, ibu bapa kepada mangsa dikenali Wan Kamaruzzaman dan Rosnani Ibrahaim manakala adik perempuan dikenali, Wan Nor Aqilah yang sedang mengerjakan umrah.

“Luluh hati saya sebaik mendengar berita itu. Tidak tahu macam mana hendak beritahu ibu bapa mereka yang sedang mengerjakan umrah,” katanya
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...