Kejadian yang berlaku di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih awal pagi tadi. Tragedi yang berlaku pada pukul 5.45 pagi itu telah menyebabkan mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman,28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir,14 maut ditempat kejadian.
Menurut ibu saudara yang mahu dikenali sebagai mama, kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.
"Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini kira-kira pukul 7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas kemalangan berlaku," ujarnya
"Dia beritahu saya tiga adik beradik itu sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam bergenang dalam air manakala ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama kemudian," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
0 Comments