Nak bercerita tentang tugas seorang doktor ni memang satu hari pun tak boleh habis. Tapi, dekat luar sana tu masih ramai lagi yang berpendapat pekerjaan doktor ini mudah di mata mereka. Jangan menilai sesuatu daripada pandangan mata kasar sahaja.
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi sekeping foto di laman twitternya. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian doktor yang duduk diruangan menunggu sambil memakan makanan yang yang dibawa.
Menurut wanita itu juga lelaki itu makan secara tergese-gesa dan kalau dinilai dengan mata kasar seakan tiada banyak masa untuk dia menikmati makanan tersebut. Asalkan perutnya terisi sedikit pun dah cukup.
Pada mulanya, wanita yang dikenali sebagai Ayuni Johari itu beranggapan yang lelaki itu sekadar nak membeli air sahaja di vending machine tersebut. Tapi, lelaki itu duduk di sebelah mesin tersebut dan mula menyuapkan makanan ke mulutnya.
Bagaimapun kami tidak dapat pastikan apakah benar-benar lelaki di dalam gambar itu seorang doktor ataupun seorang pelatih. Apa yang pasti, dia memang berada dalam bidang perubatan.
Selepas gambar itu dimuat naik, ramai netizen yang terharu apabila melihat gambar tersebut dan melontarkan pendapat masing-masing. Perkongsian itu mendapat lebih 5,000 retweet dan menjadi tular dilaman sosial.
Apa yang penulis cuba jelaskan adalah, pekerjaan seorang doktor ini bukan lah semudah ABC. Tetapi ia memerlukan ketabahan, kecekalan dan pengorbanan yang besar untuk menjadi seorang doktor yang berjaya.
Bayangkanlah, seorang doktor terpaksa melupakan masa yang sepatutnya dia luangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Dia juga memendam rindu terhadap kedua orang tuanya di kampung. Bahkan, dia juga terpaksa melupakan masa untuk dirinya sendiri selepas apa yang telah dikorbankan.
Benar, gaji seorang doktor itu lumayan. Tetapi apalah gunanya wang ringgit jika terpaksa lupakan sementara masa bersama orang yang tersayang?
Kita sebagai rakyat yang bertamadun jangan lah sesekali memandang rendah terhadap apa juga pekerjaan yang orang lain kerjakan. Setiap pekerjaan mempunyai kisah dan pengorbanan yang tersendiri.
Tuhan sentiasa berlaku adil terhadap hamba-Nya. Berdoalah kepadaNya supaya kita dikurniakan pekerjaan yang mulia disisi Tuhan. Melalui pekerjaan kita sekarang, kita dapat membalas jasa ibu dan ayah kita, seterusnya dapat membina sebuah institusi keluarga yang bahagia dan beriman terhadapNya.
Sumber: Ayuni Johari
0 Comments