16 Dis – Akibat ketagihan terhadap minuman berkarbonat, seorang lelaki dari Britain akan meminum 40 tin Coca-Cola dalam masa satu hari.
Metro UK melaporkan Shane Trench, 21, mengalami masalah berat badan sehingga 203 kilogram akibat meminum hampir 13 liter minuman berkenaan
Ketagihan yang dialami Trench juga menyebabkan badannya menerima 5,250 kalori setiap hari dengan minuman sahaja. Tidak dicampur dengan kalori makanan yang dimakan.
“Setiap hari sukar untuk saya melakukan perkara asas seperti berjalan naik atau turun tangga,” kata Trench berkenaan ketagihannya.
Beliau telah diberi amaran oleh doktor yang dia berisiko untuk mati jika dia tidak mampu untuk mengawal ketagihan tersebut.
“Saya terpaksa tinggalkan Coca-Cola dan tukar kepada Coke Zero,” katanya.
Selepas bertukar kepada Coke Zero dia berjaya mengurangkan hampir 69 kilogram berat badannya. Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan disusuli dengan kesan sampingan.
“Badan saya bertindak balas dengan teruk akibat penurunan gula mendadak dan saya mula rasa penat dan cepat marah. Tetapi ianya berbaloi dan saya tidak pandang kebelakang lagi,” ujar Trench.
Kata Trench, dia mahu memberikan inspirasi kepada mereka yang berada di situasi sama. Tak pernah terlambat untuk mendapatkan pertolongan dan tak perlu rasa malu untuk masuk kelab menguruskan badan.
Sumber: Metro UK
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments