Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Mexico City: Akibat mempersendakan ketua kartel dadah terkenal Mexico di sebuah laman sosial, seorang remaja yang juga merupakan selebriti media sosial ditemui mati dengan badan yang dipenuhi kesan tembakan peluru.

Mangsa, Juan Luis Lagunas Rosales, 17, adalah seorang yang terkenal di media sosial dan mempunyai jutaan pengikut di laman Facebook, Instagram serta Twitter kerana sering memuat naik gambar dan video lucu mengenai dirinya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Rosales dikatakan telah memuat naik sebuah video mempersenda dan menghina seorang ketua kartel dadah, Nemesio Oseguera Cervantes atau dikenali sebagai El Mencho.

Rosales ditemui mati beberapa hari kemudian dengan badannya dipenuhi sekurang-kurangnya 15 peluru di Cualiacan, Mexico.

Difahamkan, sekumpulan lelaki lengkap bersenjata dilaporkan mengepung Rosales yang sedang berparti di sebuah bar sebelum  melepaskan tembakan kepada remaja itu.

Rosaled dapat dikesan dengan mudah oleh penyerang selepas dia mengemas kini lokasi dia berada melalui laman Instagramnya.

Seorang pekerja bar berusia 25 tahun turut terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

El Mencho antara penjenayah paling dikehendaki di Mexico dan sesiapa yang dapat membunuhnya diberikan ganjaran AS$5 juta (RM20.4 juta).

Dia adalah ketua Generasi Baru Kartel Jalisco yang pernah bersekutu dengan Kartel Sinola diketuai raja dadah Mexico, El Chapo.

Sumber- Dailymail



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...