Rezeki Anak Angkat – Isteri ALIFF SYUKRI Sah Hamil Lagi

Kata pengasas produk D’Herbs itu, dia sudah lama mengimpikan zuriat yang ramai dan tidak sangka mendapat rezeki itu selepas mengambil dua orang angkat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak yang ramai. Tak sangka selepas ambil dua orang anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil,” ujarnya.

Tambah Aliff, beliau dan isteri sememangnya sukakan keluarga besar dan rezeki kehamilan ini betul-betul mengejutkan mereka kerana baru sahaja mengambil dua orang anak angkat.

Untuk makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5.

Pasangan ini mengambil dua anak angkat, Ameena yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum pada awal Disember yang usianya hampir sebulan.

Alhamdulillah… kami doakan semoga rezeki semakin mencurah-curah dengan kehadiran bayi baru nanti.

Sumber : m star

instagram : @aliffsyukriterlajaklaris

The following two tabs change content below.

Comments

comments



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...